Tadi bw kat blog Kak Intan dan terbaca la kisah ni. Walaupun tak kenal siapa gerangannya tapi sedikit sebanyak meruntun hati aku sebagai seorang ibu dan mempunyai anak yang masih menyusu walaupun umurnya sudah setahun lapan bulan.
Kisahnya begini....
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.
Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.
Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.
Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.
Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya, Innailillah... Subhanallah...

* Kalau kat rumah ni maunya aku berjujuran air mata aku. Kadang-kadang saat aku sedang menyusukan anak aku pun pernah juga aku terbayangkan keadaan yang sama. Bila aku dah tiada tentunya aku sendiri tak sanggup nak tengok anak aku terkial-kial mencari aku untuk menyusu. Mendengarkan dia menangis dan mengadu 'mama..mama' pun aku tak sanggup hampakan. Biarlah orang cakap sampai bila aku nak susukan anak aku ni...selagi masih ada susu aku tak kisah susukan dia. Kita kan orang sunni..berpegang teguh pada sunnah Rasul...Kalau Ahlul Bait pun menyusukan anak, aku pun haruslah menteladani...
* Kepada ibu-ibu di luar sana, sebagai langkah pencegahan daripada sebarang kecelakaan di jalanraya marilah kita gunakan car seat untuk anak-anak kita. Disarankan sangat-sangat. Seboleh-boleh kalau tiada car seat sekalipun biarlah kita duduk di tempat duduk belakang daripada kita merisikokan anak kita duduk di tempat penumpang di hadapan. Mencegah lebih baik daripada merana di kemudian hari. menyesal kemudian tidak berguna, kan?
No comments:
Post a Comment