1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam,
BERSYUKUR keranabeliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain.
2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,
BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermakna
kita masih mempunyai pekerjaan.
4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita
cukup makan.
5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang
perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih
lagi boleh mendengar.
7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana
itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
nota kaki tak berbau : marilah kita bersyukur...sekurang-kurangnya kita hadooo lagi...
No comments:
Post a Comment