Nuffnang ads

Thursday, October 21, 2010

Kenapa Hariz je?

Nama anak saya pendek je. (Entri ini menggunakan kata ganti diri pertama yang sopan.)
Nama dia Hariz bin Mohd. Fauzi. Panggil Hariz.
Nama panjang dia apa? HARIZ
Nama pendek dia apa? HARIZ

Itu antara soalan-soalan yang biasa saya dapat bila perkenalkan anak saya pada saudara-mara, kawan-kawan mahupun orang yang pertama kali saya jumpa.
Nama anak saya bermaksud yang memelihara dengan harapan di masa kami tua nanti dapatlah dia memelihara kami sebagaimana kami menatangnya. Pilihan nama Hariz ni pun menjadi kontroversi sebanya sehingga saat dia lahir kami masih belum memutuskan nama untuk diberi. (Inilah akibatnya dapat suami yang sentiasa lucu. Sometimes it doesn't help! ) Sehingga hari ke-lima selepas si dia lahir (kalau seingat sayalah), kata putus belum ada lagi. Farok(adik saya cakap nama ni nanti anak saya jadi ganas...), Faris (mak saya kata nanti nak menunggang kuda je kerjanya)...lepas tu sibuk gaduh between Harith dengan Hariz pulak..which one sounds better...saya lagi suka Harith tapi mak saya kata orang takkan bunyikan th tu pun. Kami pun letaklah Hariz. 5 huruf saja. Senang mak nak ingat. Name tag pun nanti pendek je. Hehe.

Kenapa pendek je?
Sebabnya, saya telah membuat sedikit kajian tentang nama (di internetlah kan). Kadang-kadang letak nama panjang memanglah cambest tapi yang merana nya nanti si empunya nama. They will carry the meaning. Kalau bercampur aduk maksud nama tu tak mustahil berat bahu si anak nak memikul. Itu pandangan peribadi sayalah. Sebabnya nama saya adik beradik pun pendek-pendek sahaja.

Terlupanglah pada individu untuk letak nama apa pun. Yang penting, baik buruk seseorang anak kita tu bukanlah bergantung pada nama semata-mata kan? Bergantung pada cara didikan dan peribadi kita sebagai ibu bapa jugalah kan?

Nota kaki : Apa ada pada nama? Nama korang berapa huruf eh?

1 comment:

Puan Eka said...

SITI ATIQAH...
hah panjang.....
10 words

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...