Nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

Sudah muak...

 

Bila peluang sudah diberi berkali-kali. 
Kau palitkan jua arang di muka kami
Apakah perlu kami bertolak ansur lagi?
Sedangkan kita dua tahu yang kau takkan kembali ke pangkal jalan?
Apa kau mahu?
Kasih sayang? Harta? Tempat tinggal?
Semua sudah diberi...
Tapi kenapa?
Masih jalan ini yang kau pilih?

Sampai di sini sahaja
Peluang terakhir yang kami beri kau dustakan
Apa lagi yang boleh ditolong
Jika sendiri tidak mampu beralah
Jangan diharap simpati orang
Dengan lakonanmu yang durja itu

Kerna kami sudah masak
Dengan kau yang takkan berubah
Ayahmu terlantar kegeringan
Wajarkah peluang dibuka lagi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...