Nuffnang ads

Thursday, March 31, 2011

Luahan Hati

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,

Saya merupakan isteri kepada salah seorang pelatih di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang baru-baru ini telah dilanda virus Adenovirus. Dan semalam seorang lagi pelatih telah meninggal dunia kerana kegagalan fungsi organ-organ dalam badan. Menjadikan mangsa kepada virus ini kepada 3 orang.

Walaupun telah diberitahu oleh suami saya bahawa keadaan dia stabil dan telah diisytiharkan bebas selepas 9 hari dikuarantin, kebimbangan itu masih ada. Dalam masa 10 hari daripada semalam, Kementerian Kesihatan akan mengumumkan Pulapol bebas daripada virus tersebut. And I was like...Hello...virus boleh pergi dengan mudah ke? Pembawa dia masih ada dalam tu. Pokok pangkalnya aktif atau tidak je. Dan saya masih tak puas hati kenapa tiada seorang pun doktor/pakar perubatan yang took over this case tak come out dengan apa-apa conclusion pun. Yang announce di tv pun apa qualification dia nak cakap yang Pulapol is free from the virus? Setakat baca kertas je...

Yang paling buat saya bengang bila tengok komandan dia cakap semalam kat bilik mayat tu yang keadaan beransur pulih. I saw him smiling sambil tunjuk2 ke arah mana tah...sedangkan ada jenazah kat situ. Keadaan beransur pulih but why someone has to die?

Memang saya bukan doktor nor pakar nor sesiapa pun dalam bidang medical ni but sebagai orang awam I need an explanation, simple explanation bukan dalam bahasa medical yang mostly takkan faham tak payah nak act sangat ngan degree that you hold dan bukan disampaikan oleh orang yang bukan pakar. Bukan dia yang rawat kes ni pun. Bila dah disampaikan dari satu mulut ke mulut, maklumat akhir yang diterima tu tak semestinya betul. Ibarat telefon rosak/karat! So please la...minta siapa-siapa yang berkenaan yang terlibat dalam rawatan di Pulapol tu bagi keterangan to public apa penyebabnya dan apa kaedah sepatutnya buat bukan ketua pusat tu yang patut bagitau apa yang patut buat. Bukan dia yang doktor.

Bagi aku, when there is venom there should an antiviral, so aku nak tau sama ada antiviral untuk virus ni dah diberi ke kepada semua pelatih di Pulapol? Or antiviral dia langsung tak wujud? So apa guna berlambak mereka yang berkelulusan chemical engineer, pharmacist kat Malaysia ni yang takleh come up with solution? Or to be exact, an invention maybe? Oh lupa, sistem pendidikan di Malaysia based on peperiksaan atau atas kertas je.  

Ni hanya luahan hati sahaja. Lepas ni dalam masa 9 hari, aktiviti yang telah diberhentikan sejak sebulan lalu akan dimulakan kembali. Aku kalau jadi komandan dia, apa yang aku buat, isytihar darurat kat tempat tu. I mean temporarily close down maybe dalam 6 bulan ke....Pelatih2 tu akan di migrate kan ke tempat lain. Aku still tak faham kenapa tempat tu ada virus pastu kuarantin pun kat dalam tu. Bercampur dengan mereka yang suspected dengan yang tak. Memang lah sekarang virus tu cool down buat the virus is still there. It's logic. It just a matter of time je nak tunggu virus tu activate balik. Maybe aku terlampau banyak tengok cerita Hollywood yang sengaja nak buat aku takut, kau suspect kena virus kat satu tempat tu dan disebabkan virus tu membunuh, kau biarkan je sorang-sorang mati dalam tempat tu. Cerita apa tah aku pun tak ingat. Ye..aku memang agak terpengaruh dengan cerita tu dan aku rasa pemerintah tu sangat zalim.

Dan aku rasa kesedaran masyarakat kita tentang sesuatu wabak masih di tahap paling lemah. Hal tibi pun still kau ambik enteng siap cakap kena santau. Kau tau tak sekarang tibi nak tau simptom bukan tau batuk tak baik-baik je...kau sihat walafiat fizikal pun tak mustahil kau ada tibi...perubahan sikit je pada fizikal kau tak pergi check silap2 Wallahualam je la.

To whom it may concern...please lah...rungkaikan segala persoalan aku ni. Aku muak dah. Dengar kau cakap ok ok tapi still someone in ICU...someone dead. Benda2 macam ni tak nak pulak korang terjah kan media? Aku hanya kesal dengan sikap sambil lewa sesetengah pihak. Cam banjir kat beberapa kawasan. Setiap tahun tempat yang sama. Asal banjir je kau nak korek. Takde solusi lain ke?  Aku kagum ngan Jepun cara diorang atasi masalah. Dah tau negara dalam Lingkaran Api Pasifik dan setiap tahun akan alami gempa. Ada usaha di situ untuk mengatasi. Kalau ikutkan kuasa Allah tak boleh nak halang. Tapi sekurang-kurangnya kerosakan tu boleh di minimumkan. Ada korang dengar berjuta rakyat diorang mati? Tak kan? Sebab diorang dah kaji cara nak atasi. Tapi di sini? Yes, you may control the media..but sampai bila...sampai bila nak halang public tahu the truth? Tu sebab ramai kaum aku bodoh piang...termasuk aku la sekali dengan berita yang tak masuk akal dan macam dah takde tajuk lain lagi ke gamaknya...

Better for me to stop. Lagi panjang lagi aku melalut. Please la someone with brain take control.


Yang Benar.
-Je ne suis rien-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...