- mereka yang tamat pelajaran sekadar PMR sahaja
- mereka yang sanggup berkorban masa riang kanak-kanak, remaja dan masa depannya demi orang tua yang membesarkannya walaupun bukan ibu bapa kandung
- mereka yang memendam segala keinginan demi kebahagian orang lain
- mereka yang bersusah payah melakukan 5 kerja atau lebih dalam satu hari demi mencari nafkah untuk keluarga dan memberikan kesenangan kepada anak-anak
Aku? Yang lahir tahun pasca '85. Terkenal dengan sikap degil. Pentingkan perasaan diri sendiri. Mudah terleka. Tak sanggup bersendirian. Namun, duka di hati siapa yang tau melainkan Sang Pencipta.
Aku kagum dengan sikap mereka di atas tu. Jernih mata kelihatan namun serabut di dalam. Aku tak mungkin jadi secekal mereka. Tapi sekurang-kurangnya, aku perlu tabah demi zuriat yang aku punya.
Masih ada lagi kesengsaraan didalam hiruk pikuk manusia mengejar kebendaan. Cuma tak terlihat di zahir. Mungkin mereka adalah pelakon yang bijaksana. Menyembunyikan kesengsaraan...mengolok-olokkan kegembiraan.
Aku doakan semoga kau tabah. Nun jauh di sana masih ada yang menyanyagi dan mengasihimu. Percayalah!
No comments:
Post a Comment