Nuffnang ads

Tuesday, November 30, 2010

Bahaya selipar getah


Jumpa ni dalam mailbox. dah berkurun lamanya dalam tu. Baru-baru ni nak buat clearance terjumpa la info yang berguna ni untuk aku.
Yelah...ada anak bujang yang tengah rancak sekarang ni. Sebagai peringatan bagi aku dan ramai ibu-ibu di 
luar sana. Kasut/selipar getah baik jenama crocs/asadi/cappasarmalam/or apa apa aje la...

Cara nak elakkan kejadian begini berlaku adalah berjaga-jaga la kita sebagai ibu bapa dengan tindak tanduk anak-anak kita di mana jua sekalipun. Bila naik or turun escalator kan diorang ni suka letak seret kaki kat tepi -tepi tu kan. Tu yang boleh jadi insiden-insiden cam kat bawah ni.

Mudah-mudahan anak-anak kita dilindungi setiap masa daripada segala bencana dengan izin Allah.















.

Ingin menjadi isteri idaman?

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah” (H. R. Muslim)

Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.

Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati dan berpaling dari suaminya, ia berkata:”Aku mohon ampun kepada Allah…. itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)….”

Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria’ dan sum’ah, memburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.

Allah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan” QS. Al Hujurat: 11

Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: “Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya” HR. Muslim

Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir (pemandu) dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.

2. Berupaya mengenal dan memahami suami.

Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah ‘Azza Wajalla).

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.

Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: “Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya” HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: ” Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali” HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)

Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu ‘anhunna…

Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:”Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka…”

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu ‘anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.

Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: ” Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran”. HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :”Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya” HR. Bukhary dalam An-Nikah

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)….” Q. S. An Nissa 4.34

“Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” Q. S. An Nuur 24:35

“Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu.”

Rasulullah saw bersabda, “Katakanlah, ‘Aku beriman kepada Allah,’ kemudian Istiqamahlah.” H. R. Muslim

sumber : tmn2syurga

A place for us

There's a place for everyone under the sun.
For a place under the ground, call Unit Pengurusan Perkuburan (Putrajaya got one in Presint 8).

Ujian Keserasian.. utk perkahwinan impian anda

Khas untuk anda ( korang-korang yang tengah hangat bercinta/bertunang/menyiapkan persiapan perkahwinan ). Ajaklah pasangan buat sekali. Kalau banyak jawapan tidak, jgan pula bergaduh sebaliknya carilah jalan untuk memperbaiki kekurangan yang ada. Selamat maju jaya! (macam jawab SPM la pulak)

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.


Ada apa di dalam Kaabah?

Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.

Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.

Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.

Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.

Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.

Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.

Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.

Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai "Rukhamat Humra", tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.

Perigi Harta Dalam Kaabah

Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.

[1] Beliau adalah bekas presiden Islamic Society of North America (ISNA) dan merupakan sahabat penulis buku ini. Sekarang menjadi ahli majlis shura ISNA dan majlis fiqh Amerika Utara.

sumber:
www.iluvislam.com
dihantar oleh: fuadsyazwan
Editor: deynarashid

Hikmah berdiam

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicaratidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan
menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerna senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'Allah



Monday, November 29, 2010

Money

....that in money there was magic, whoever has money is never  really alone.

Note : My eyes were 'captivated' with a paragraph in a novel which i currently read. Not that i am a money slave. But i think it's true. What say you?


Eagle Ranch Resort #1


Salam and morning all!
I was here last weekend for a family day held by my MIL's clinic. (Me and my family menyebok je)
Pic will upload soon due to resizing process and all...huhuhu..alasan je kan...

Place review : Second time here. Great places with quite activities (need a lot of energy  most of it) you can enjoy with your whole family. Accommodation are quite nice as they take after  the cowboy country. I was staying in paddock chalet together with my SIL.

Everything you need to know about this place is in here.

Friday, November 26, 2010

Blogger Popular

But not me...it's still a long way to go...target saya next year...for sure dah nak dekat hujung tahun dah ni kan.

Just nak nak eksyen ngan korang ( huhuhu...which i'm sure mereka berdua ni dah follow korang lama dah kan? saya je yang lambat naik). CMG and BA are in my houseeeeeeeeeee!!!!!!!!



Terima kasih kepada mereka berdua kerana sudi membaca blog hamba yang kerdil ini.
Kepada yang lain2, jangan kecil hati ye...Akan ada penghargaan untuk anda di lain entri.

Pesanan : Bilangan follower saya tu sila abaikan.


Bila marah dengan anak kecil

...sebab dia terlempang muka kita
...sebab kita balik kerja dia mula buat perangai terlebih manja
...sebab jemput dari tempat asuhan yang sekangkang kera dari rumah nak berdukung
...sebab dihantuk kepalanya ke mulut kita dan bibir berdarah
...sebab sedap-sedap nak luruskan badan kejap dihempap olehnya nak mengkuda
...sebab tengah solat ditarik kain telekung dan dikudanya kita
...sebab tengah nak masak makan malam tapi dimintanya dukung
...nak mandi dipegang kaki kita kuat sambil merengek-rengek

Cakap je taknak kawan dengan dia, tang-tang tu jugak dia datang dekat kita dan chup chup chup muahhh satu muka kita...
Oh, alangkah cairnya hati yang sedang geram dengan keletahnya yang terlebih manjanya itu. Kadang2 hinggap juga penampar 'sayang' ku di punggungnya.

Nota: Oh, suma di atas hanya bila diapplykan pada anak saya si Hariz tu yang berumur 1 tahun 5 bulan. Anak anda2 semua bagaimana? Sungguh mencabar kesabaranku yang kadangkala terbabas jugak.


Ku cuba melenturmu dengan penuh kasih sayang
Adakalanya kesabaranku melayang
Maafkan ummimu ini sayang



UiTM bakal wujud hospital

Sebagai bekas pelajar UiTM, saya rasa berbangga bila baca tajuk berita ni daripada HMetro. Berita selanjutnya boleh baca di sini ---> Tuanku Mizan gembira hasrat UiTM wujud hospital hampir jadi kenyataan. 

 

Thursday, November 25, 2010

Kebaikan Susu Kambing Berbanding Susu Lembu

Fakta Menarik: Susu Kambing Lebih Baik Dari Susu Lembu: "
Assalamualaikum...


Dah masuk waktu Zohor. Semoga sahabat semua sihat dan ceria di hari yang redup dan dingin ini (kat Bangi...hehehe). Kali ini Si Tukang Tulis ingin berkongsi berkaitan kebaikan susu kambing berbanding susu lembu. Si Tukang Tulis terdetik untuk berkongsi tentang susu kambing setelah memikirkan kenapa Orang Arab lebih meminati kambing daripada daging lembu. Banyak sirah Nabi Muhammad yang memperihalkan tentang kambing. Kambing telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Mungkin ada yang memberi alasan bahawa di padang pasir lembu tak boleh hidup sebab kurang rumput!


Walau bagaimanapun, SI Tukang Tulis mengajak sahabat semua untuk memandang isu ini dari sudut positif. Jika Nabi Muhammad memakan kambing, pasti ada rahsia yang besar dan kita tak sedar mengenainya.


Apa rahsianya?




Dalam kajian saintis barat, mereka mula sedar tentang kebaikan kambing berbanding lembu. Antara produk yang banyak dikaji adalah susu kambing. Dalam satu kajian di University of Granada, Doctor Javier Díaz Castro telah berjaya membuktikan bahawa susu kambing lebih baik daripada susu lembu. Susu kambing berupaya untuk menghalang penyakit ferropenic anemia (kekurangan zat besi) dan seterusnya membatu dalam menguatkan tulang. Beliau telah membuktikan bahawa susu kambing mampu memulihkan kembali mencit yang mengalami simptom ferropenic anemia selepas pengambilan susu kambing.


Banyak lagi kajian yang telah dilakukan dalam mengkaji perbezaan susu kambing dan susu lembu. Daripada segi kandungan, susu kambing kaya dengan vitamin, mineral, unsur surih, enzim, protein, asid lemak dan sebagainya. Susu kambing juga didapati mempunyai kandungan kalsium (32.6%) yang lebih banyak berbanding lembu (29.7% sahaja) dalam kuantiti yang sama. Kandungan asid lemak yang lebih baik juga menjadikan susu kambing sesuai untuk mencairkan kolestrol dalam salur darah. Si Tukang Tulis merasakan, orang yang pening selepas makan kambing atau minum susu kambing adalah kerana kolestrol dalam salur darah mereka cair dan menyebabkan darah mengalir dengan laju ke otak dalam masa yang singkat...Lihat perbandingan kandungan susu ibu, susu kambing dan lembu di bawah.












Jadual-jadual di atas memberi penjelasan jelas mengenai kelebihan kandungan susu kambing berbanding susu lembu.


Dalam jadual ke-3, susu kambing mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang akibat umur yang lanjut atau monopous, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.


Daripada segi kesihatan pula, susu kambing hanya memerlukan 20 min untuk dicernakan berbanding susu lembu yang memerlukan lebih dari 2 jam. Susu kambing juga sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu kerana susu kambing tidak mempunyai bahan penyebab alahan (antigen) dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang membesar. Susu kambing juga mampu menghalang muntah-muntah, penyakit usus, cirit-birit, sakit dada, masalah pernafasan dan banyak lagi. Ia juga sesuai sebagai bahan menjaga kesihatan kulit. Terdapat banyak lagi kebaikan Susu kambing dan boleh dilayari daripada beberapa laman web di bawah ini.


Rujukan:
Semoga para pembaca mendapat sedikit manfaat daripada rumusan ini. Jika ada tersilap, mohon di betulkan. Jom sebar-sebarkan jika bermanfaat. Tak perlu minta izin :)


Sumber:

Furdunesia@nline
"

Cara-cara mengempiskan perut selepas makan tengahari

Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. Kerusi
  2. Workstation / Meja
  3. Lagi afdal kalau ada bantal
Cara-cara:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Buat cam kat bawah ni...
Secara tak langsung, perut korang termampat semasa sedang asyik lena. Hari-hari buat mau jadi kempis perut kalau camni. Siap boleh ada 6 packs abs lagi..

Photo googled.

It's a boy card



It's a boy card
Insert finger and open.
It's a boy!

Haha..it's nice kan? Or pervert? What say You?

Source : AdsOfTheWorld



Kawasaki ER-6n

Engine Four-stroke, liquid-cooled, DOHC, four-valve per cylinder, parallel twin
Displacement 649 cc
Bore x Stroke 83.0 x 60.0 mm
Compression Ratio 11.3:1
Cooling System Liquid
Fuel System Digital fuel injection with two 38mm Keihin throttle bodies
Ignition Digital CDI
Transmission Six-speed
Final Drive O-Ring Chain
Frame Type Semi-double cradle, high-tensile steel
Rake/Trail 24.5 degrees/4.0 in.
Front Tire Size 120/70-17
Rear Tire Size 160/60-17
Wheelbase 55.3 in.
Front Suspension / Wheel Travel 41mm hydraulic telescopic fork / 4.7 in.
Rear Suspension / Wheel Travel Single offset laydown shock with adjustable spring preload / 4.9 in.
Front Brakes Dual 300mm Petal Disc with 2-Piston Caliper
Rear Brakes Single 220mm Petal Disc with hydraulic caliper
Fuel Capacity 4.1 gal.
Seat Height 30.9 in.
Curb Weight 441.0 lbs.
Overall Length 82.7 in.
Overall Width 29.9 in.
Overall Height 43.3 in.
Color Choices Metallic Flat Spark Black
Warranty 12 months
Good Times™ Protection Plan 12, 24, 36 or 48 months

Motif : Saja letak untuk reference husband...Naik moto besar best gak...Laju...


Prudent Advice #2

If love were enough, no one would ever die.

Yet death is inevitable. Mourning invites magical thinking; you may wonder what you might have done differently to alter what has happened, whether a person would still be alive if you had only loved better or more. Your love can’t keep death at bay, my daughter. But it can comfort you. There is nothing more I can say about grieving; you just grieve.

-Jaime-

Prudent Advice #1

Offer your seat to elderly and pregnant people.
And help them with their bags.

-Jaime Morrison Curtis-

Wednesday, November 24, 2010

Top 10 biggest brain damaging habits

...according to World HEalth Organization

  1. No breakfast ( skip it sometimes )
  2. Over-eating ( nice food! )
  3. Smoking ( never )
  4. High sugar consumption ( sometimes )
  5. Air pollution (out of my control )
  6. Sleep deprivation ( under control )
  7. Head covered while sleeping ( never )
  8. Working your brain during illness ( can't avoid )
  9. Lack in stimulating thoughts ( how can i? )
  10. Talking rarely ( i talk to the monitor...does it counts? )


Tuesday, November 23, 2010

Takoyaki

Dah lama ngidam sejak diperkenalkan oleh bekas makcik sebelah bilik saya ni, Miss Tiny di Jusco Melaka. 4 ketul dekat RM5 kot kalau tak silap..Lupa daaaa....sedang saya bloghop ke Kak Hana@Japan nye blog, terjumpa entri dia pasal takoyaki. Teringat mak saya ada beli acuan tahapekenamenyertah tu...tapi boleh buat kueh cara, tako pun boleh la kot...sebab acuan die bulat bukan cam acuan kueh cara tu yang lonjong gitu...sekadar reminder...aku pun buka link yang ada kat blog kak hana tu....terjumpa satu resepi brgambarajah lagi di fotopages kak naz rinn chan.
as a reminder to me yang agak pelupa+malas nak print(sebab nanti tak campak kemana balik rumah nanti)/nak tulis lagi hazab.

So, cara senang, post link dia ke blog saya je la kan..huhu


Ni link Youtube cara-cara buat takoyaki...xpayah pakai takomaker pon ok asalkan ada acuan bulat tu

Monday, November 22, 2010

Sumpah Si Besi

Aku baru terdengar hari ni. Bila, di mana dan daripada siapa..tak perlu tahu..hehe

Cuma dia cakap cuba tanya pada orang lama-lama i.e mak mak kita ke... kalau aku tanya mak aku pun mesti dia buat muka..apakebendayangkomerepeknilong??? So, my conclusion is never ever ask my mom about the old saying coz she thinks she's not that 'old' eventho her age is just the same as our anniversary of independence.

Tapi aku nak tanya korang. Pernah dengar ke orang kata bahawa semua besi di dunia ini pernah bersumpah yang 'mereka' nakkan darah manusia terutama besi-besi yang dijadikan senjata?
 Ye aku tau, aku tak sepatutnya percaya. Tapi just nak tahu sejauh mana kebenarannya...
Maybe orang tua dulu2 nak takutkan kita jangan main dengan besi takut terluka or melukakan diri sendiri dan orang lain...

Otak sebu ni...meeting sampai 3 jam..


Friday, November 19, 2010

Bila pesakit tidak dilindungi insurans


KOS rawatan penyakit kronik dapat dikurangkan jika pesakit membeli polisi insurans khusus untuk tujuan itu.



POLISI insurans kesihatan bukan untuk dibeli oleh individu yang sedang menghidap penyakit kritikal seperti sakit jantung dan strok.
Sebaliknya hanya orang yang sihat boleh mengambilnya dengan andaian mereka mungkin mendapat penyakit itu pada masa akan datang.
“Kos rawatan untuk penyakit kritikal adalah tinggi. Jika tiba-tiba seseorang itu disahkan menghidapnya, polisi insurans kesihatan yang ada boleh membantu mengurangkan beban kewangan pesakit,” kata ejen insurans American International Assurance Berhad (AIA), Anis Nuriman.
Bagaimanapun, perlindungan perubatan tidak diberikan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal sebelum satu-satu polisi insurans kesihatan itu dibeli.
Hakikat ini diakui kebanyakan syarikat insurans.
“Pelanggan tidak dihalang sepenuhnya daripada membeli polisi insurans perubatan. Namun, polisi yang ditawarkan untuk pesakit kronik itu melibatkan bayaran premium yang tinggi.
“Ia sudah tentu membebankan pelanggan sedangkan polisi itu tetap tidak meliputi perlindungan terhadap penyakit kritikal yang sedia dihidapi.
“Jadi pada kebanyakan masa, pesakit kanser atau kencing manis tidak membeli polisi itu,” dedah Anis.
Ejen insurans Prudential BSN Takaful Berhad, Rosli Ahmad, pula menambah penghidap penyakit kritikal hanya dapat ditawarkan polisi insurans hayat atau kemalangan.
“Jika mereka mahu membeli insurans perubatan juga, polisi yang ditawarkan akan mengecualikan penyakit kritikal sedia ada atau penyakit kritikal lain yang terjadi disebabkan penyakit kritikal tadi.

MEREKA yang mempunyai ukur lilit paha 60 sentimeter ke atas kurang berisiko mendapat penyakit.



Kanser
“Memang malang bagi mereka kerana tidak dilindungi insurans untuk penyakit yang dihidapi tetapi itulah konsep insurans kesihatan,” ujarnya.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA) Malaysia, Ranjit Kaur, merasakan amalan polisi insurans tersebut satu diskriminasi.
“Kami (pesakit kanser) masih hidup dan sepatutnya boleh membelinya. Malah, ramai penghidap kanser lebih sihat berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit kritikal.
“Keadaan ini tidak wajar berlaku. Perlindungan insurans kesihatan harus diberikan kepada mereka yang memerlukan,” tegas Ranjit.
Merujuk statistik kanser di Malaysia, kata Ranjit, setiap seorang daripada empat orang berkemungkinan diserang kanser setiap tahun.
“Adakah mereka mengatakan tidak kepada 25 peratus rakyat Malaysia hanya kerana kami ada kanser?” tanya Ranjit.
Tambah beliau, faktor itu jugalah yang membuatkan penghidap kanser berasa amat takut sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu.
“Sudahlah kami terpaksa berdepan dengan penyakit kritikal, kami juga mesti memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi menanggung kos perubatan,” bidas Ranjit yang menyifatkan itulah salah satu punca pesakit kanser payu dara gagal diselamatkan.

SESETENGAH syarikat insurans mewajibkan pemegang polisi



Menurut Ranjit, ada juga antara penghidap kanser payu dara yang ditamatkan polisi insuransnya setelah disahkan menghidap penyakit itu.
“Selepas membayar kos perubatan pertama untuk kanser yang dihidapi, syarikat insurans tersebut bertindak menamatkan polisi yang selama ini dibayar wanita tersebut.
“Macam mana boleh jadi begini? Jika benar wanita itu tersalah membeli polisi, sepatutnya dia didedahkan tentang polisi yang tepat untuk keperluannya,” ujar Ranjit.
Keadaan berbeza adalah di Washington, Amerika Syarikat. Sebuah pelan insurans untuk penghidap penyakit kritikal sedia ada sudah diwujudkan oleh kerajaan negeri sejak Mac 2010.
Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada penghidap penyakit kritikal mendapatkan perlindungan kesihatan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2014 iaitu sebelum sektor kesihatan tempatan diubah sepenuhnya.
Tindakan itu dilihat sebagai satu perubahan yang baik untuk sektor kesihatan dalam usaha mengurangkan bilangan rakyat Amerika yang sakit.


Pendapat Xana: Sebagai pemegang insurans pendidikan dan kesihatan, saya merasakan terdapat kekeliruan dalam polisi insurans terutama bagi polisi insurans kesihatan dan life insurance. Setiap kali ada agen insurans yang datang kepada saya, saya mesti bertanyakan sama ada ketika bersalin dan kemudian mati ataupun didiagnos dengan penyakit kritikal adakah mereka cover masalah tersebut? Nama pun dah insurans kesihatan atau kebanyakan life insurance kan dan syarikat insurans pun berniaga kan?  Dah tentu jawab mereka tidak sebab tak untung la macam tu kan baru bayar premium sebulan dua dah nak kena cover rawatan yang ribu-riban tu. Saya rasa bagi bakal-bakal pembeli insurans seelok-eloknya tanyalah dulu tentang polisi yang anda perlu sahaja. Kita ada hak untuk menolak mana-mana polisi yang tidak diperlukan.
Walaupun agen tu serba tahu, tapi kita sebagai pengguna lebih tahu keperluan kita.

PS: Korang ada tak yang tak puas hati dengan polisi insurans korang?

Lawak Pagi Jumaat



Lawak 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata.

Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: 
" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu, " jawab doktor. 

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," 
kata lelaki itu dengan riang.

Lawak 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, 
"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah mengganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut. 

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...,dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap." Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..

Doktor itu menjawab, "Ok,sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.

"Tuan doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas, 

"Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa telinga makcik." moral of the story : berjaga jagalah ketika lepaskan angin tu..walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak dengar gak ! hehehehe..


Lawak 3
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?

Pengemis : Ya..... lebih kurang sudah 8 tahun , nak .

Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..

Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...

Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?

Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang...

Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?

Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik...

COBAAN



PS: Ceria ceria selalu!

Thursday, November 18, 2010

CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA ?


image Korban sudah.
Suami kerja pulak.
Anak tidur. Kat luar mendung balik walaupun dah hujan tadi.
Gambar masa korban dah upload. Ni nak tulis pasal apa lagi ni???
Termenung depan skrin sambil berdoa dan berharap statistik pengunjung blog ramai aje la hari raya ni...



image   Huh, sungguh tak tau nak tulis apa. Oh, tengok anak tidur sedapnya. Nak tidur siang? Oh so not me. Jealous pulak tengok dia tidur. Nak tulis blog huh tak tau nak tulis apa. Jap, cari pillow book dia yang paling besar. Ho..ho...ho...my-super-jumbo-human-burger..yeay.makan budak!
Aiyooo...mummy gonna be insane...Meroyankah? Agak la..meroyan sebab tak tau tulis apa di blog dan anak jadi mangsa...


image
   Tension ni...gagagaga tak tau nak tulis apa dalam blog ni.
Selongkar peti beku jap la...Hhuhuhu...Orang kata kalau makan banyak2 boleh dapat ilham...
Daging da banyak makan so makan ringan-ringan je la. Buah lagi baik...
Mudah-mudahan tercekik biji tembikai kang ting!!! ada la idea nak tulis apa dalam blog lepas tu

imagePlan B pun gagal jugak sebab tak tercekik biji tembikai.
So, kemas mainan anak jap. Hoh..ternampak alat muzik mainan anak. Hehehe..
Main feeling cam rock star jap...Try petik sikit. So nanti mana tau tetiba jadi lagu boleh promote kat blog kan? Nama pun day-dreaming kan...so it remains jadi day dream je la kan...berangan je lebih weh xana..nak jadi rockstar apa nya suara cam katak panggil hujan (i think katak nyanyi lagi sedap kot..at least hujan turun gak. ko nyanyi apa yang turun xana weh)


image
Disebabkan plan-plan di atas tidak menjadi so terpaksa guna cara ni. Capture gambar paling seksi  comel untuk diletakkan di profile. Kalau komen kat blog orang tu nanti kuar muka comel ni mesti la orang tu teringin nak klik nama kita balik kan. 
Ok..ready..get set...let go stalking some blog...

imageOh..comelnya muka blogger ni. Cute-cute..Hati tertawan. I shout kat your shoutmix eh...Yuuu..entri dia..menusuk kalbu...terutama cite baru clash dengan awek yang dah bercinta selama 5  tahun??? Huh..ada chance ke i nak ngorat u? I tinggal komen ' Takpe la wak...bunga melur bukan sekuntum....bunga tahi ayam bersepah-sepah tepi jalan '
 


image Pada satu yang lembap (kat luar tu hujan), nak pergi cari barang dapur di tesco. Tiba-tiba :
" Heh, awak kan minah Si Mata Bulat yang senget tu yang suka tahi ayam tu kan?" aku di sapa seseorang yang agak annoying. Aku toleh,
" Laaaaa, awak Si Boboy BamBam(bukan nama sebenar) tu kan?" aku sapa la dia balik.
"Kecik je dunia kan wak...alih2 berjumpa kita jugak...." kata dia. Hahahahaha...

Tak sangka ada gak hikmahnya di sebalik kekeringan idea tempoh hari. Hasil stalking aku ke blog orang lain, virtualiti akhirnya jadilah realiti....Tapi sorry la eh.. i dah kawen...Limitnya hanya sekadar kawan...


Wednesday, November 17, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Korban

Buat teman-teman maya saya, saya ucapkan selamat menyambut hari raya korban.
Berikut adalah gambar peristiwa korban yang berlangsung di surau berhampiran rumah keluarga saya.
Kali ni dua ekor lembu dan seekor bebiri dikorbankan.














Adik, mak saya, saya (bam-bam) dan Hariz



miss tiny (tiny la sangat weh)...dia jiran dalam rumah a.k.a sebelah bilik saya







PS:Bagi kawan-kawan yang join korban, korang dah bercukur dan memotong kuku ke? Saya baru dapat tau perkara yang disunatkan ni. Serupa bila kita buat haji nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...