Nuffnang ads

Monday, November 15, 2010

Sikap Pemandu di N9

Minggu lepas bermulalah detik-detik saya memandu sendiri ke tempat bas poin yang nak bawa saya ke tempat kerja. Mungkin sebab lama dah tak memandu,nak kata kekok tak juga lah. Cuma tak berkenan betul dengan cara-cara orang yang bawa kereta cam hampagas ni. Nak kata saya cermat sangat idaklah ye..saya beringat je sebab memikirkan ada anak dan suami yang masih memerlukan saya. Cermat dan berhati menjadi pegangan saya di jalan raya tambahan.
 Antara perkara-perkara yang memeningkan kepala saya di atas jalanraya di N9 ni..sepanjang jalan kat bandar je la ye sebab jalan tu je la yang saya bawa ialah seperti berikut :-
  1. Kau nak masuk simpang tak reti nak bagi signal ke hape? Nak kate rosak ok jer. Buat penat je la lampu signal tu dicipta kalau tak reti guna or ko ni dapat lesen terbang? Nasibla aku pemandu berhemah kalau tak dah selamat dah ko ke......
  2. Langgar lampu merah toksah cakap la...nasib baik je ko lepas...aku doakan  semoga si polan si polan yang mermpit langgar lampu merah ni selamat je la sampai ke destinasi nya.
  3. Sekarang kan musim hujan. Aku sampai kat bandar pun dalam kol 6 lebih camtu. Dengan cuaca yang hujan dah tentu la gelap dan sikit berkabus. Apa salahnya kau bukak lampu... Yang mane ada foglamp tu apa salahnya bukak. Kot kereta kau cat nyer memantul cahaya takpe. Ni gelap gelita je. Bukannya kena bayar duit letrik tu pun kan klu ko bukak lampu kereta ko tu kan? Kalau ko tak sayang nyawa kau fikir-fikirkan lah orang lain yang ada anak laki bini mak ayah dan  mertua kat rumah tu k.
  4. Apala salahnya kalau ko bagi aku lalu sikit je pon aku nak masuk simpang kiri tu je..ni tak ko lagi nak laju lagi ade lah dah tengok aku bagi signal dan angkat tangan mohon lalu...sombong dan bongkaknya kau kan...takpelah aku doakan ko selamat sampai ke tempat yang di tuju sudah
  5. Kalau dah dasar lembab tu duduklah lane kiri sekali. Kau yang paling bagak sekali tu pun tak reti2 ke yang tempat ko tu hanya di lane paling kiri..paling kiri faham! Dah la dasar lembab, tapi ko still nak duduk di lane yang paling kanan...apekehalnyekoni...lesen terbang ke takde lesen langsung? Kepada female driver kalau takut nak drive malam or di waktu hujan je...tak konfiden nak bawa tapi dah ada kat tengah2 jalan kan...so sila2 lah faham dan duduk lah di lorong paling kiri k...dengan duduk di lane untuk kenderaan laju dan memotong sangat membahayakan anda dan orang lain...ok? bawa kiri pun kena la tengok kiri, kanan, depan, dan belakang gak dengan rear mirror...jgn pulak ko toleh belakang kang ada yang ke longkang...cakap pasal longkang aku ada cerita...hahaha..tapi nantilah aku cite...kalau nak tau sila tinggalkan komen..ok?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...