Agaknya kalau Hariz boleh cakap, itulah yang akan dikatakan pada aku.
Hujung minggu kali ini dipenuhi dengan jeritan dan amarah aku kepadanya.
Sesungguhnya aku kesal yang amat.
Dia hanyalah budak kecil.
Kenapa aku sebagai ibunya tak mampu bersabar dengan karenahnya.
Sekurang-kurangnya dia menangis, aku tahu dia masih seperti kanak-kanak yang lain.
Sekurang-kurangnya aku tahu dia masih punya suara dan masih hidup di sisiku.
Sekurang-kurangnya setiap kali aku balik dari tempat kerja ada seseorang yang inginkan aku di sisinya.
Sekurang-kurangnya aku masih boleh tertawa menghiburkan hati aku yang gundah dengan kerja di pejabat apabila mendengar butir-butir katanya.
Sekurang-kurangnya aku masih ada yang masih mahu mendakapku sambil menyusu.
Apakah tidak cukup semua itu sehingga aku buta hati memarahi dan memukul anak kecil ku ini?
Tuhanku,
Aku tidak layak untuk syurgamu sekiranya 'harta yang dipinjamkan kepadaku ini' tidak mampu aku pelihara.
Anakku,
Sesungguhnya ibumu ini memang buta. Maafkan ibumu ini, nak.

No comments:
Post a Comment