Nuffnang ads

Thursday, November 11, 2010

Tupai Pertahan Bangkai Rakan...Manusia?



KLIP di laman YouTube menunjukkan seekor tupai melindungi bangkai rakannya.


LONDON - Seekor tupai sanggup berhadapan bahaya demi mempertahankan bangkai rakannya daripada menjadi hidangan sekumpulan burung gagak, lapor sebuah akhbar semalam.
Sekumpulan burung gagak itu terpaksa melupakan niat untuk menjadikan bangkai seekor tupai yang mati kerana terdapat seekor tupai yang tidak membenarkan haiwan itu memakannya.
Satu rakaman video menunjukkan kesetiaan tupai tersebut terhadap rakannya sehingga ia sanggup menghalang tiga ekor burung gagak memakan bangkai rakannya di sebatang jalan raya.
Klip video itu dapat dilihat di laman YouTube dan ia telah ditonton oleh lebih 500,000 penonton.
Dalam rakaman tersebut, tupai itu melompat sambil menggerakkan ekor bagi memberi isyarat supaya burung gagak itu beredar.
Namun, seekor demi seekor gagak mendekati bangkai itu.
Tupai itu kemudian berdiri dan dilihat berbaring di tepi bangkai rakannya seolah-olah ia bersedia untuk menerkam burung gagak menyebabkan haiwan berkenaan melupakan hasrat untuk memakannya. - Agensi
tuh daripada BTS
sumber : Kosmo


P.S:
Alangkan si tupai punya semangat setiakawan yang tinggi, inikan manusia yang berakal...
Jika darah daging sendiri pun dikapak kapak, inikan pula yang tiada talian darah.
Masih releven lagikah perumpamaan ' buas seperti binatang ' atau 'memang dasar binatang' dan banyak lagi?
Atau wajarkah digantikan perkataan ' binatang ' tu dengan ' manusia' ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...