Nuffnang ads

Thursday, November 11, 2010

Warkah buat Hariz

Kehadapan anakandaku Hariz tersayang,

    Ummi menulis warkah ini sekadar peringatan untuk diri ummi sendiri di masa akan datang dan sebagai panduan dan pengajaran buat Hariz agar berhati-hatilah semasa hayat kita di dunia ini.

    Ummi mohon maaf sepanjang ummi mengandungkan anakanda terlalu banyak dugaan dan halangan yang ummi hadapi dan mungkin juga ada antaranya ciptaan ummisendiri. Berulang-alik menaiki bas seawal-awal pagi dan perjalanan sejauh hampir 60km tak pernah melunturkan semangat ummi untuk membawa satu nyawa yang telah dianugerahkan kepada ummi ke hulu dan ke hilir. Untungnya ummi punya ayah Hariz yang sentiasa bersama dengan ummi setiap susah senang ummi.

     Bagusnya sepanjang kehamilan ummi, Hariz tak pernah susahkan ummi. Mungkin Hariz faham kesusahan yang sedang ummi alami masa itu. Kesihatan ummi sentiasa baik. Tiada mengidam, pening loya semuanya boleh dikawal. Masakan tidak minggu terakhir sebelum bersalinkan Hariz ummi masih mampu pergi bekerja. Saat kita 'ketiadaan' kereta, ummi masih mampu menunggang motosikal sambil meredah hujan di awal pagi untuk ke tempat bas ummi ke tempat kerja. Ummi bersyukur dengan kesihatan dan kekuatan yang diberi.

     Selain itu, ummi bersyukur dengan kehamilan itu ummi terima tawarn kerja tetap berbanding kerja kontrak sebelum ini. Walaupun kecil angkanya tapi cukup-cukuplah untuk kita bertiga. Masa itu, pejabat ummi masih di Kuala Lumpur. Gigihlah setiap hari dengan bas ummi ke sana. Dan balik mengejar lrt untuk dapatkan bas terawal yang ada dengan harapan dapatlah sampai sebelum Maghrib tapi malangnya hampir setiap hari selama dua minggu pergi kerja bergelap balik kerja pun bergelap. Masa itu, usia Hariz hanyalah 4 bulan dalam kandungan. Pernah sekali ummi terjatuh kera tapak kasut telah telalu haus, betapa risaunya kawan ummi dengan kandungan ummi. Biarlah luka tangan dan siku ummi menampung perut ummi masa itu agar tak terhimpap nyawa berharga ini.

     Terasa panjang sudah karangan ummi ini. Hanya ini cara ummi mampu luahkan. Nak diceritakan berdepan dengan Hariz ummi takut tak kuat menahan jujuran air mata ini. Ada satu benda yang ummi belum tunaikan untuk Hariz. Sunat yang dituntut yang patutnya dah lama ummi tunaikan tapi ummi alpa dengan duniawi. Dengan izin Allah, ummi dalam proses hendak menyempurnakannya.

   Hingga waktu itu, ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk Hariz. Maafkan ummi adakala ummi tewas sebagai manusia yang lemah. Gagal mengawal amarah dan dilepaskan pada Hariz. Ummi juga masih dalam proses pembelajaran, sayang. Kehadiranmu membawa sinar kepada ramai orang tanpa kamu sedari.

    Sekian, salam sayang dari ummi mu.

   

1 comment:

Puan Eka said...

aduh sedihnyer...
terharu..pengorbanan ni......huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...