Nuffnang ads

Friday, November 12, 2010

Keluarga Sakinah

Bukan nak cerita pasal keluarga orang yang bernama Sakinah or nak umpat kawan saya yang namanya Sakinah tu..bukan.
Nak bagitau saya baru balik daripada seminar pasal keluarga sakinah. Sakinah maksudnya tenang. Jap..weh Sakinah (if only u read my blog) ko cool sangat eh?
Pasal seminar tu bertempat di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya.
Pemudahcara/perunding cara yang hadir ialah Ustazah Hayati daripada KESUMA untuk pembentangan kertas kerja bertajuk "Melentur Bluh Biarlah dari Rebungnya".
Bagus penyampaian dan isinya terutama bagi ibu muda macam saya. Waktu penyampaian yang walaupun singkat hanya satu jam tetapi padat. Berkisar tentang cabaran ibu bapa sekarang untuk mendidik anak-anak alaf baru dengan pelbagai cabaran dan rintangan. satu benda yang buat saya tertarik dengan kertas edaran ialah

' Kadangkala anak-anak juga sebagai ujian Allah, mereka mengcewakan kita, 
terlibat dengan masalah sosial, keruntuhan akhlak dan sebagainya,
lantaran itu... jangan kecewa, putus asa dan
jangan sesekali sisihkan mereka,
terimalah seadanya
kerana...sesungguhnya mereka memerlukan kita
dan bawalah mereka kembali ke pangkal jalan '

Saya tinggalkan ini untuk renungan kita bersama...Ada pendapat sila nyatakan di ruangan komen.

Dan selepas sesi pembentangan kertas kerja ini, kami disajikan dengan forum yang agak menarik menyentuh soal Keluarga Sakinah yang penyampainya adalah Y. Bhg Dato' Haji Kamarudin Bin Zakaria (mantan@bekas imam besar masjid negara), Dr, Siti Taniza Binti Toha (Bhgn Psikologi Dan Kaunseling, Kem.Pelajaran Malaysia), dan Dr. Haji Azizan Bin Ahmad dari UKM sebagai moderator.
Pendedahan yang bagus bagi menambahkan ilmu untuk kami-kami yang dah berkahwin dan panduan untuk mereka yang belum berumahtangga.

Hari ni hari Jumaat. Syukurlah diberi peluang lagi mendengar majlis-majlis ilmu yang dah lama tak ikuti ni.


1 comment:

Artzlizan said...

segalanya bermula di rumah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...