Nuffnang ads

Friday, December 17, 2010

Dulu saya nakal sikit je

 Nama sekolah rendah dan sekolah menengah  termasuk tahun ...
  • SKUR  '93-'96
  • SMKA Pedas  '98-'00
  • MRSM LG  '01-'02

    Aktiviti ko kurikulum yang korang ceburi
    • Ping Pong Club, English Club, Puteri Islam,  Pandu Puteri,  Persatuan Seni

      Jawatan yang di sandang dulu .. hehe..
      • Penolong Ketua Pengawas ( sekolah rendah jer. )

        Nama guru kesayangan korang ..
        • Cikgu Ruzila ( dari darjah dua baik sampai sekarang. Saya dah 25. Lama kan?)

          Subjek paling disukai dan tak suka ..
          • Matematik (paling suka)
          • Kimia ( entah lah kenapa tak boleh nak score. Sekarang dah keje macam senang je pulak kimia ni)

            Kawan baik masa sekolah ..
            • Sakinah & Syakirah ( kitorang the trio S )

              Cita cita masa sekolah dulu
              • Sekolah rendah, saya nak jadi pelukis. Tapi abah kata pelukis jalanan nak makan apa.
              • Sekolah menengah target nak jadi doktor. Tapi kimia telah menggagalkan cita-cita ku. Oh, salah kan subjek kimia la pulak....

                Artis feveret masa sekolah dulu ..
                • Semalam baru buat entri ni. Sekolah rendah into Backstreets Boys.
                • Sekolah menengah layan Micheal Learns To Rock

                  Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
                  • Kantoi bercouple. Kena panggil dengan cikgu disiplin. (Seyes ni. Sampai sekarang masih ingat muka ustaz tu yang dok perli2 dalam kelas. Adeh!)

                    Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan ..
                    • Nak belajar raji-rajin dan conquer subjek kimia, fizik, biologi dan add math!

                      Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan )
                      •  Nak kata saya nakal tak la jugak. Rekod selama tu clean je. Tapi teringat masa kat sekolah agama, saya mula duduk asrama sejak di tingkatan satu. Tapi masa form 1 tu rumah dekat so bila hari jJumaat bila boleh balik tu biasa mak ayah confirm la jemput lewat sikit. Budak-budak jauh dah balik. saya and the gang telah memulakan operasi ampaian. OPS AMPAIAN! Hahaha...Nak tau apa keje kitorang...Mana2 hanger, sepit baju yang tertinggal di ampaian kitorang akan kutip buat koleksi. Yang paling best adalah kalau ada baju-baju yang tertinggal nak nak pulak tu yang ada brand (cam adidas, nike, bum, esprit ) cam tu kan..memang berebut la kiorang yang adalah dalam 4 orang ni. Buat harta sendiri la. Tu yang setiap kali balik je ada je baju baru...Hahaha..mak sure sound mana dapat.... Lagi satu masa form 3 kena stay budak2 pmr. Dorm atas jadi port main flash light suluh kat asrama lelaki. Setakat nakal camtu je la...Hahaha...MAsa form 1, peraturan kena pakai stokin nak pergi surau (perempuan kan ) tapi saya dan dua orang lagi rakan malas nak pakai...solat subuh aaje kena la denda hafal surah sajadah sorang satu muka...lawak lawak bila ingat balik...

                      11 comments:

                      forever love said...

                      comey je nakal awk nie..haha

                      BeYLa! said...

                      haha amboih tu kes cilok baju org tuhh. tak baek! hehe!

                      sarah honey said...

                      wah2 rajinnye dia.hehe
                      nak join tapi segan pulak,tambah lak dah lupe kot cerita silam.haha

                      Rozuan Ismail said...

                      wah..siap lipat baju ikut brand tuh..ganas!!

                      Nur Azila Ismail said...

                      hehe . bgus2 . tak nakal sgt nie

                      rabiatul said...

                      Ohh, nakal jgk ye. :)

                      BEN ASHAARI said...

                      budak baik ni.. hehehe

                      Xana said...

                      forever love : comey ke? hahahaskrg chubby ade la

                      beyla : cilok baju org dah xnak salah ek? daripada membazir biar berkulat kat ampaian tu? hehe

                      sarah honey : i think u lagi muda dari i kan???

                      rozuan ismail : mesti aa...tak mampu. duit elaun cukup makan untuk belanja sekolah. nak minta mak ayah beli takut dikata pamper dengan branded stuff

                      nur azila ismail : hehehehe..bekas pen ketua pengawas la katakan...

                      rabiatul : biasa 2...buat jahat dalam diam je...

                      BA : hehehehe...baik sikit la...banyak lg nakalnya..kang terlebih 100 patah perkatan lak karang.

                      Syafiq Rosli said...

                      hehe..nakal2 ni la yg mngajar kita kn

                      Xana said...

                      syafiq rosli : betul betul...

                      Nur Mudrikah said...

                      woo..kantoi kapel ek..hehe. saya pun

                      datang dari umah encik ben ashaari singgah sini cari kawan.. salam ukhwah=)

                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...