Nuffnang ads

Tuesday, December 28, 2010

Lucky Day

Sabtu lepas...hoho bersamaan dengan Hari Krismas, ofis my FBS(husband) ada buat family day. But FBS kena kerja so dia angkut la kami anak beranak pergi join sukaneka walaupun aku tau cemane aku nak mainnya dengan si Hariz yang ligat ni lagi..kang tah kemana menghilangnya dari pandangan mata aku.
So tinggal lah aku terkontang-kanting di tengah padang tu. Entah sape sape aku main layan borak jer. Wife sape i never asked sebab FBS pun baru keje situ so idakler aku kenal ofismate dia semuanya.

Aku tak main ape2 pun. Lepaskan Hariz kat tengah padang tu main la dia dengan budak2 lain. Aku dok bawah khemah je...panas la hari tu...

HBS dapat dua nombor untuk cabutan bertuah. Satu dia yang register satu lagi orang lain register kan.
Mula2 buat cabutan tu hadiah cadar dengan set comforter, satu pun tak mengena. Aku pun malas la nak menaruh harapan.
Tiba2, nombor satu yang kawan dia tolong registerkan tu naik. Aku pun grab Hariz berlari atas stage. Ko tau apa bendanya...Vacuum cleaner! Hehehe.. Cane aku nak angkat dengan dok kendong Hariz lagi...Bersyukurlah dapat walaupun kat rumah dah ada vacuum da...
Tetiba announcer cakap cabutan untuk grand prize...sebenarnya aku aim microwave sebab takde lagi tapi tu dah dapat untuk pemenang hadiah ketiga.
Bila dia cakap grand prize aku pun tertunggu2 la gak...nak gak tau sape lah yang paling bertuah tu.
"Jatuh kepada no. 15!"
 Aku tersentak. Cari2 kertas satu lagi...It was mine!!!!!!!!!!!!
Eh, Husband aku punye la....aku wakilkan je. Terus aku dukung Hariz naik stage. Ketua tertinggi ofis FBS yang sampaikan. Hehe... Mountai bike weh...Betul-betul ong hari tu. Tak sia-sia bangun jam 4.30 pagi siapkan bekal/ makan pagi untuk kitorang pagi tuh. Pukul 7 pagi dah sampai sana.

Ni la dia basikal yang kitorang dapat. Berbaju biru tu bos husband.

Tapi ada satu ralat sikit sebab sorang staff patut register sekali je untuk lucky draw. Tapi nama husband aku ada dua dan dua2 menang pulak tu. So urusetia tu mohon aku pulangkan balik salah satu. Walaupun we have been lucky that day but takpayah la tamak sangat lagipun vacuum dah ada. Silap urusetia tu juga tak semak nama husband yang ter double. We chose the bicycle ler sebab aku takde lagi. Senang la nak ke kedai depan tu takyah la bawak kete lagi. Bawak moto tak reti kan. Oh, nak cari la baby bicycle seat pulak. Ada sape-sape yang boleh tolong carikan? Just bagitau aku kat mana nak cari kalau ada area seremban ke lagi bagus...

Tapi best gak. First time join LD (lucky draw) yang hadiah dia bukan hamper makanan. Hehehe...Jakun niiiiii

Saya akhiri dengan serangkap pantun dua kerat.

Terima kasih daun keladi
Tahun depan buat lah lagi.

4 comments:

Cik Eka said...

waa besnyer dpt beskal..t nak nek boleh kak?? hehehe

Xana said...

eka : tuan eh pon tak sempat naik lagi dari mula dapat hari tu...buat pameran la nampak gayanye...hariz je yg da naik...wlupun kaki ngn tgn x sampai..nak jugak

mekchu said...

ala... nape pulangkan balik.. dh tentu salah u/setia.. mmg murah rezeki..

Xana said...

mekchu : xpelah kan..kesian kat orang lain yang tak dapat lagi tu. nak ikutkan hati nak je jawab 'dah nama pun lucky draw kan, since saya yang been lucky today mane leh pulangkan' tapi nanti orang kata tamak la pulak...heheheh...sharing is loving kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...