Nuffnang ads

Tuesday, December 21, 2010

Kedai Buku Online

Saya agak mesti ramai antara kita yang suka membaca tetapi kalau hendak ke kedai buku aduhai susahnya.
Oleh kerana itu, hobi membaca kita pun akan terbantut.
Selag kita bernyawa, kita dituntut untuk membaca agar dapat menambahkan ilmu kita. Bacalah bacaan yang baik-baik. Membaca bahan picisan tidak salah tetapi mampukah kita mengawal nafsu dan minda kita?

Di sini saya ingin memperkenalkan satu laman web yang menarik minat saya selepas mengikuti perkembangan Dr. Faisal Tehrani. Saya masih baru lagi melanggan di laman web ini dan perkhidmatannya tip top, Insha Allah.

Laman web yang dimaksudkan adalah Ujana Ilmu [klik sini].

Antara koleksi yang boleh saudara dapatkan seperti berikut :



Inilah buku yang saya langgan pada 13/12/10 dan diterima pada 14/12/10. Tangan si kecil yang minat membaca. Cenderahati berupa penanda buku turut disertakan.


Jemput-jemputlah singgah. Mana yang berkenan silalah jangan malu-malu untuk beli. User interface laman web ini amat mudah untuk dilayari. Klik mana yang berkenan di hati dan letak di troli belian. Oh, saudara perlu mendaftar dahulu sebelum dapat membuat apa-apa pembelian. Jangan risau, mudah sahaja prosesnya. Pembayaran boleh dibuat melalui pindahan wang (money transfer ), cek, kiriman wang, wang pos, Western Union dan LO ( Local Order ). Kad kredit juga diterima. Mudah bukan?
Selamat mencuba dan membaca!

2 comments:

Mimiey.. (^-^) said...

salam kenal dari mimiey....

nasyieen.blogspot.com

Mag said...

salam... entry terbaru saya.. mengenai anda...

http://magribmenjelma.blogspot.com/2010/12/ramai-membantah-saya-ber-rambut-seperti.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...