Nuffnang ads

Thursday, December 2, 2010

Perjudian hidup

Kadang-kadang dengan hanya melihat gambar-gambar sebgini yang membuatkan kita lebih menghargai hidup kita.  Dengan keadaan negara yang boleh dikatakan 'aman' dan 'permai' kita selalu terlupa ada antara kita di bumi Allah ini yang terpaksa memperjudikan nyawa sendiri seolah tiada erti bagi kita namun amat bermakna pengorbanan itu pada mereka.



Ada yang belajar memegang senjata demi untuk mempertahankan kesejahteraan keluarga dan pegangan yang dirasakan sahih sewaktu kita sedang enak beriadah/membeli belah/berehat di rumah...



Saat kita menjerit keriangan ada juga yang berhempas pulas untuk menyelamatkan diri daripada bencana alam yang tanpa kita sedari akibat daripada perbuatan kita yang tidak menghargai alam sekitar ini...



Sedang kita berkelah di halaman rumah yang luas mereka juga berkhemah tetapi terpaksa berhimpit-himpit dan berebut-rebut untuk meneruskan hidup seharian



Kita bebas berlari / jogging / membuat apa-apa aktiviti yang kita suka tanpa ada kecaman / 'gangguan' di sini namun ada juga yang sedang berlari untuk menyelamatkan nyawa daripada perbuatan mereka yang tidak berperikemanusiaan.


 Nota :  Beringat-ingatlah kita apabila senang, keran dengan kesengan yang kita ada itu mungkin mampu merubah nasib mereka yang kesusahan.

Advertising Agency: Lowe Brindfors, Sweden
Creative Directors: Villard, Bartholf
Copywriter: Stefan Pagreus
Art Directors: Pelle Lundquist, Emmeli Österdahl
Photographer: Stockfoto
Typographer: Ola Lanteli

2 comments:

apezs shah said...

sedeh nak tisu..
tapi setuju dengan semua tu..

Xana Razak said...

nah..amek tisu jamban je yg ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...