Nuffnang ads

Friday, December 30, 2011

Sayang Anak Tinggal-tinggalkan...

 Aku tak tinggalkan anak aku tapi I let my mom ambil dia bawa balik ke kampung.
Sebelum ni memang aku tak pernah bagi walaupun mak aku ajak dia, entah macam mana haritu bila mak ajak aku cepat-cepat kemas barang-barang Hariz.
Maybe I need time for myself juga plus pregnancy kali ni keadaan aku agak teruk.
So it's like heaven but not really actually...me and my husband keep talking about Hariz...
Mula kalau berkalau nya..." Kalau Hariz ada ni mesti dah buat cam ni cam tu..." , " Kalau Hariz ada ni mesti tak sunyi rumah ni..."....dan bermacam-macam kalau lah lagi...

Aku tak faham lah kenapa perlu ada pepatah tu...
Pepatah lama kan....dulu maybe sebab nak cari duit punya pasal...
Kena buat kerja yang memerlukan anak ditinggalkan...
Untuk masa depan anak...

Aku pun banyak kali juga tinggalkan anak aku...
Tuntutan kerja....
Kadang-kadang terfikir gak...nak quit...
Tapi nak generate income sendiri tu..belum dapat idea lagi...
One day maybe...

Tuesday, December 27, 2011

Honeymoon!

Yes...finally just two of us left at home.
Bukan aku suka. Sangat tak suka sebab bila tinggal berdua topik perbincangan adalah tentang Hariz.
Hariz tu....Hariz ni...Kalau Hariz ada mesti dia buat camni...Mesti dia minta camni...Mesti kecoh rumah ni...

Semalam. My parents datang rumah. Weekend kan cuti agak panjang. Tapi sebab aku tak larat nak pergi mana-mana so melepak aje kat rumah. Dah jadi rutin, either aku balik or parents aku datang semata-mata sebab Hariz. Nasib la perjalanan hanya 30 minit. Buatnya 3 jam? Sebulan sekali pun belum tentu ye dak?

So far semalam masa nak ikut mak aku balik, dia pun relax je salam aku dengan ayah dia pastu blah babai....
Sob...sob aku lepas tu nak oi. Petang tu aku keluar budget nak cari maternity wear la last2 kesudahnya barang Hariz jugak yang aku beli.

But lepas la jugak tengok Sherlock Holmes. Hehehehe...Bawak kenit tu karang tengah peak cerita nak susu ape la...

Pendek kata, itulah pengarang jantung.

Morning sickness yang teruk

Kejap je dah masuk 14 minggu usia kandungan ni.
Tarikh dijangka bersalin pun dah tau.
Insya Allah ada 6 bulan lagi.
Cuma kali ini perubahan hormon tu agak teruk.
Nak kata morning sickness, petang dan malam pun muntah2 jugak.
Tak tau la makan apa yang ok.
Untuk mengelakkan badan jadi dehydrate, sumbat jugak la makan apa2 pun.
Walaupun lepas tu banyak yang keluar balik.
My mom bagi tips untuk mengurangkan rasa morning sickness tu.
Baca surah ayat an Nahl ayat 78. Itu doa untuk mengurangkan morning sickness.
It works. My tips pulak...if you're feeling so down with the heavy morning sickness...
Take a break and perform solat. You will feel easy after that.

Saturday, December 24, 2011

Unpaid maid


Good aight?
Blessed with this gift.
This is not about human trafficking but he volunteered to do it himself. So I can rest all day long after a long journey last night.

Merry Xmas

Sunday, December 11, 2011

Kejohanan gasing N9

Bawa anak ke kompleks belia and we watch this tournament.

Friday, December 9, 2011

2012 gift!


I am.....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Wish me healthy and fit! 

Sunday, December 4, 2011

Cat lover

He loves cat.
He calls it Boboi

Friday, December 2, 2011

Leader yang Bodoh Sombong

Mentang-mentang kau pengarah
Ikut suka kau nak cakap apa
Aku dah bagi penjelasan....and I think it's enough dah
Dengan urusetia yang handle benda tu pun aku dah clarify...
 So I don't think I need to see you lagi nak jelas benda remeh macam ni
It's you yang libatkan sampai ke KP and all the TKPs
Tak payah nak canangkan dalam email dan cc pada KP and TKPs supaya bekerja dengan jujur, amanah and all the work etiquette...
Kau sengaja nak merendahkaan aku je...
I may be the middle worker...
Did you know that without us the organisation will never be complete?

Malas layan orang bodoh sombong cam kau ni
So I rest my case...
Jangan harap aku nak jumpa kau pun sebab bukan kau berada di tempat kejadian
So my apologize only to those yang terlibat...
With you, I owe nothing walaupun aku tau tu unit yang kau lead...
Talking to the leader with no manner is just a waste....

Thursday, December 1, 2011

Someone like you

I read my old love letter...

Then i found a letter
Which the feeling of the writer almost like this song...
I am so sorry...I didn't mean it...


I heard that you're settled down
That you found a
girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"
Yeah.

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Bengang

Bila keje ofis terpaksa dibawa ke rumah.
Aku agak workaholic tapi dulu sebelum kerja I talked to myself yang keje settle di pejabat. Tak boleh bawa balik kerja ke rumah. Tapi harini, jam 11 malam aku terima panggilan pasal kerja. It is terribly hard dealing with people who don't understand the order or instruction. End up I will bear the consequences...take it in good or bad. Masak aku nak menjawab esok sebab perangai cam palat beberapa kerat ni. I give order but you don't follow then I have to act as a damage control. Memang silap la. Sialpalis betul!

Dari beri putih('x')

Sunday, November 27, 2011

Aktiviti sihat!

Balik kampung dan terapung!
Tu ayat biasa Hariz...

Saturday, November 26, 2011

My lunch today

Corn flakes + milk + chopped almond + milo tabur.... Prepared by my very 'hardworking' mom

Friday, November 25, 2011

Tired of being sorry

I had the worth day in my life. Again, I cried to gain strength. I respect you as the elder. But it's my job to give you order. I observe with my 2 eyes...that keep making excuses. But la pakcik...I'm tired of being too nice... So pleasela...hook or crook...the job has to be done...because you've been paid for it!

Dari beri putih('x')

Tuesday, November 22, 2011

The happy faces

...After the winning. Before off to bed. Dengan gebar barneynya.

Sakit tekak

Barangkali terjerit lebih semalam kot.
Walaupun tgk hny pada separuh masa pertama lepastu buthurt dgn laki sendiri lari bawa anak masuk bilik tidur sambil dodoi anak, sambil baca cekik balik.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 15, 2011

Zahiril Adzim Wedding's Card




Huhuhu....
Jealous tak u ols?
huhuhu...Btw invitation ni bukan i yang punya but my mom yang punya.
His mom and my mom satu sekolah dulu.
Sekolah mane? Huhuhu....cari sendiri.
Kira ni jadi reunion diorang balik la setelah lama terpisah sejak tamat sekolah dulu.
Heheheh...I tak dapat pi walaupun I fan dia..sebab mak I pi ngn apak I je kot.
Kalau pi...kalau depa takmo pi boleh ke I yang wakilkan eh abang ZA?

Monday, November 14, 2011

What a shame....

Tadi...
Aku on the way ke toilet...
Then ada pakcik tegur aku...
Aku ingat dia cakap bahasa sarawak ke hape tah...
So aku pun macam..pardon me pakcik? Ape eh pakcik? Leh ulang lagi tak?
Aku kan ada masalah pendengaran...
Tetiba yang aku faham...Pakcik ni dari Ghombau....
La...kampung den rupenye...
Apsal la pelik sangat bunyi bahasa pakcik ni...dalam hati je la...
Tapi aku still macam kena dengar betul-betul dan tengok gerak geri mulut dia sebab sumpah aku kurang faham....
Mungkin sebab dia pakai gigi palsu...atau aku sendiri yang tak faham bahasa longat negeri aku sendiri?

Sedang kusyuk dalam tandas...
Aku tergelak sorang-sorang...
What a shame on you xana!
Orang kampung kau sendiri cakap pun ko tak fahammm...
Acane ko boleh sokong Jang tah...
Memang malu...
Tepuk dahi sendiri sambil tersengih sorang-sorang....

Friday, November 11, 2011

Jam Tangan Idaman

Jam adalah salah satu ketaksuban aku. Pantang jumpa jam tapi takdelah aku nak melayan sangat nafsu aku tu. Paling habis pun layan romp games. Eh? Kalau datang rumah aku setiap sudut mesti ada jam dan kalau boleh dalam bilik air pun nak letak gak tinggal cuma tak tau nak sangkut mane je. Ceiling tinggi  sangat. Hall toksah cakap wajib ada, master bed room ada, second room takde sebab dah rosak, bilik kerja ada jam ikea rm4 tu. Stor agak2 la boleh jeling kat dapur, dapur wajib ada. Ada jam merata tempat ni macam bagi satu adrenaline rush pada aku.

Cuma jam tangan aku je ada satu sekrang tak macam dulu dok asyik nak menukar je. Dulu dapat sponsor boleh lah. Sekarang duit sendiri agak kedekut sikit. Ni pun yang aku dok pakai dan dah tukar bateri sekali pun jam hasil perkahwinan 4 tahun lepas. Eh? Sukacitanya saya...tetiba lak saya eh..nak umumkan jam yang dalam wish list saya.


1.
Fossil Women's Marjorie Brown Leather Watch # JR1334
Fossil Marjorie Leather. Details HERE ye cik abang . Eh?
Jam tangan idaman sejak di bangku U. Nampak Yaya pakai terus jatuh cinta tapi harga boleh tahan.

2.
Swatch Originals Blue Conker Watch # GE704 (Medium Size)
Original Swatch Blue Conker. Cam bese...Details dan harga SINI ye abang.
Swatch. Sejak di bangku sekolah lagi. Hanya mampu beli swatch pasar malam je. Yang ni sebab ada tarikh so senang I nak detect hari apa kalau cuti. Hehe


3.
Swatch Ladies Irony Lady Perles DEncre Watch # YSG127G
Details HERE ye cayang ucuk
Kalau pakai ni x payah you belikan gold wristlet lagi. Ni all in one. Senang. You tau kan gelang you bagi pun I jarang-jarang sangat pakai. Hilang nanti you jugak yang kena, kan?

4.
Swatch Originals New Gent Swatch Opulence Watch # SUOZ105 (Special Edition)
Masterpiece! Yang...cek harga SINI eh
Skali bukak terus jatuh hati. Sweet...simple yet elegant...

Pesal banyak gold eh? Nak beli gold real mahal kan. Celup pun jadi la...I love swatch sebab bentuk dia , design strap dia artsy...i appreciate art..hehehehe...K la...Tu je dalam wishlist. Kalau dapat satu antara mereka heavennya. You can buy watch online HERE @ mywatchgallery k. 
Go grab one of your own!


Abis gaji you siapa yang bayar?

Bengang aku. Cuma aku tak dapat trace je siapa yang call. Tergamam aku.
Asalnya bukan line aku yang bunyi pun. Line bos aku tapi aku tarik. Orang tu nak cakap dengan office boy je pun. Aku cakap la takde kat tempat. Boleh pulak dia sound aku baik punya 'macam mana you bayar gaji dia kalau dia takde kat tempat dia?' Sudah. Aku dah tergamam. Terkejut aku tau. Kurang ajar. Btw gaji aku pun tu ehsan daripada orang ramai yang bayar tax tau tak which i am sure gaji kau pun sama. Bukan aku yang bayar gaji office boy tu pun nak sound aku macam tu . Dah tua tua nak aku sound suh duduk tempat. Nama pun officeboy confirm la ada je keje nak buat, kan? Geramnya! Aku terkejut sangat orang cakap macam tu. Dah la tak kenalkan diri. Main belasah je bantai aku. Ni yang buat aku lagi kurang ajar nak menjawab phone ni. Malas nak layan call orang lagi. Kang cakap aku ni sellfish! Bodoh sial cakap pasal gaji tu. Kau nak sentap sangat pesal bukan guna duit you jugak pun kan bayar gaji? Bayar gaji untuk bekerja. Lagipun aku dah suruh kau contact direct his hp kau yang bodoh sombong sound aku macam tu.

11.11.11



Cosmic portal transit date.
Blackjack's fave number.
It's Veteran Day's...(Seswai mak and abah.., Hehehe)
3rd World Day of Interconnectedness





It's a nice date. Sure ramai yang nikah malam date ni. 
Tapi bagi aku it's a very special date sebab mak abah aku punya anniversary fall on this date. Cun woo...
Kena buat sesi photog ke apa ke untuk date ni...as a remembrance. Bukan senang nak jumpa kan.
Nak tunggu 2111 ada lebih kurang 100 tahun lagi. Aku agaknya entah...tulang-tulang pun dah bertaburan agaknya masa tu. 


27 tahun yang lepas tarikh ni la mak abah aku bersatu. Huhuhu...korang jangan fikir lain k.
Setahun lepas tu aku pun lahir la kan.


Almost 3 decades you both together. Hope me and others could see you live longer. Hope until your one and only son succeed in his life and give you grandchildren. I do hope I could at least pay back a little from your generosity to bring us up. I know it's your duty to bringing us up but if you're not generous enough we couldn't live this good. So...please...stay chill with our never-end-stubbornness. We love you. Till the end of our life. Thanks for giving me birth and pocket money, mak. Thanks abah for the rotan and pocket money. At least now I gave you Hariz for your loneliness' treat. I love you both. Happy 27th anni.



Wednesday, November 2, 2011

Kelemasan

From here


Harini dah masuk hari ketiga aku tanggung kerja penyelia aku yang pergi menunaikan rukun islam ke5.
I felt like drowning. Yang aku sempat makan heavy breakfast yang aku masak dari rumah. Then lunch, just eating something light je. First day aku dah almost give nangis kena marah dengan staf. I don't mind if your post lower than mine but where the hell is your respect? Selama ni pun aku tolong dia print kan claims apa-apa lah yang diminta tolong I will try my best nak entertain dia (in term of work je ler). Tu yang buat aku sedih gila rasa dibulu. Ko ingat aku nak give up easily ker? Well, i wake up and getting stronger and firmer lepas menangis la k. 8 bulan ditinggalkan suami i still can survive (but i still depend on his pay)...huhuhuhu...Cuma first time aku rasa dibuli kat tempat kerja. I respect the eldest and someone with title but at least...show me some respect juga. Yang tinggi-tinggi osah sombong eh...cuma dalam hati aku cuma mampu cakap i'm not your coolie...use a right tone when asking for help...you are not using your money to pay me...even you have been paid by the government or to be exact duit penduduk Malaysia. So...jangan nak bongkak dengan orang bawahan. 

Menyimpang jauh dah ni. Aku sebenarnya lemas dengan penanggungan kerja ni. Waktu rehat pun kena kerja gak. Kerja hakiki aku tertangguh. What to do...

Monday, October 31, 2011

Tahniah Jang....

Pialo Malaysio kito punyo...
Oklah...jauh lagi nak compare dengan Selangor yang dah 32 kali menang...
Agak-agak berapa tahun lagi diperlukan untuk samakan kemenangan tu dengan Selangor eh? 60? 100?






Thursday, October 27, 2011

The Adventures of Tintin

Poster from here

Is coming to our screen, yeay! Great to hear that my childhood favorite cartoon will be available on screen in Nov 10. I always love the adventure based story. As well as history. Nuffnang offers good deal such 50 pair of tickets for the luckiest Nuffnangers and other prizes too on the Tintin exclusive screening. Details HERE

For the unlucky, wait till it's coming to the nearest cinema to see Tintin, Snowy along with Captain Haddock and etc. 


Wednesday, October 26, 2011

WW #7:Meeting dalam tidur


My 444 post. Dedicated to this unquenchable curious yet cantankerous lil Hariz.  
I love you...no matter what.

Tuesday, October 25, 2011

Polis Sentri 1 2 Jaga




Anak aku sekarang ni ada satu habit lepas balik tengok husband aku passing out hari tu. It's irritating me actually tapi what to do. Aku jerit pun kejap je insaf dia. Lima minit lagi kang....

" Aris....arisssss sap!" Dengan suara yang maha lantang (baca:nyaring gilos!).
Dia nak cakap " Baris...baris sedia!"

Tapi nak wat acane pelat lagi. Perkembangan dia setakat ni oklah. Still banyak lagi baby language yang dia guna. Kecuali mengira in English tu tak pelat dah. Yang tak tahan tu bila kita dok counting 1,2, 3 go...dia pulak 2, 3, NINE.....!!!!aku dah tergelak-gelak dah. Sokmo taknak cakap ONE sebab dia confuse kot dengan WAN. Bila aku suruh cakap ONE dia tergelak maybe pelik nak mengira sebut WAN.

Still, he's so into Barney. Sebab daripada kecik itu je aku hadapkan kat dia. Kalau bagi buku kat dia he will read, but in his very own language la. 

Ni la keje dia sekarang dok berbaris dan jerit baris baris sedia tu mau dekat berpuluh kali. Tak pun dah boring tu ajak aku main badminton pulak. Elok lah. Boleh la kamu ganti Chong Wei tu. Asyik dok kalah je. Ni ngan junior Lin Dan pun kalah. Kot kot anak mama seteru dengan Chen Long ke kan...Boleh tukar nama Hariz Long pulang...Kamu kan memang along pun kecuali belum rezeki ada adik je lagi.

Oh, pandai mengarah dan bila aku tak buat mulalah jeritan paling nyaring dia tu. Mama ko ni dah la memang pekak sejak azali...kamu jerit lagi la...belum 40 nanti dah pekak completely. Eh, 40? 30 pun I belum masuk k.

Kalau dia dah boring panggil mama dia panggil aku ayang...yangggg...yanggg sampai la aku menjawab. Mengikut bapaknya. Huhuhu...

Paling aku tak tahan...asal dengar lagu ...kat mana-mana...be it kat Mydin dengan lagu tamil, kat speedy lagu mat saleh boleh lak dia berjoget...malu mak ko ni aaaaa....aku dah tebal muka nak tarik dia dah la tu nak oi. Dalam kereta dengan rumah toksah cakap la....hobi!

Oh, lari tajuk la pulak. Takpelah nak kot nak jadi polis pun. Mak terima je. Asalkan Integriti Amalan Kita tu jadi amalanmu juga nak. Tak lupa juga pesanan itu khas buat yang tersayang yang sedang berkhidmat tu. Jaga-jaga ada mata yang memandang!!! Chill yo!


Tips kulit licin : Makan timun

Saya suka makan timun.
Mungkin sebab tu mama kata muka saya licin.
Sehalus macam bontot bayi.
Tapi saya pun still bayi lagi kan?
Oh, maybe mama saya tak suka makan timun.
Tu sebab muka dia macam katak puru.
Ops! Mama saya alergik sangat dengan katak.
Kalau dia nampak katak melompat-lompat dari jauh pun confirm dia dah mencicit lari dulu.
Oh, pasal timun.
Mama kata timun boleh buat smoothie tapi rasa macam pelik je pulak kan.
Tapi saya ok je. Cuma mama tah bila nak buat tak. Resipi cilok daripada internet kemain banyak.
Tapi buatnya belum lagi. Banyak sangat benda dia nak cuba buat.
Oh, pasal timun.
Kalau aunties nak kulit licin macam bontot bayi...makanlah lah timun banyak-banyak.
Mama kata juga, timun juga boleh menghilangkan bau busuk mulut lepas makan.
Cubalah...belum cuba tak tau betul ke tak apa mama cakap tu atau dia pandai cakap/gugel je.

Makan timun macam saya, okey?

Jemput bekas kekasih di hari perkahwinan?

Aku pernah terbaca somewhere w'hen it's over it's already over. Which part of over that you don't understand?'.
Hari tu aku pergi wedding kawan aku. Consider one of my best buddy masa sekolah agama dulu. Aku ni boleh dikatakan pendengar yang setia. Cuma bila dengan soul partner aku ni aku kurang nak mendengar rintihan dia. Sewel aku nih. Kawan aku ni selalu cerita la yang dia minat dengan budak ni. She's so into him, admire him secretly. 

Budak lelaki tu masih berkawan dengan dia macam biasa sebab diorang satu kelas. Aku kelas sebelah dengan cerita puppy love-playing hard to get nya. Aku tak tahu lah perasaan lelaki tu macam mana sebab daripada fizikalnya dia ni memang macam no response at all. Bukan pada kawan aku sahaja. Tapi kat semua orang. Nak kata ignorant tak juga. Muka tembok ye juga. Dan yang paling tak tahannya naik form 4 aku masuk mrsm dia pun follow juga sama mrsm dengan aku kat ulu perak sana. Dekat situ kawan aku dah lost contact sampai masuk U. Dengar cerita lelaki tu kat Shah Alam gak. Ada la sekali dua aku ternampak dia. 

Aku lepas masuk U jarang contact dengan kawan-kawan sekolah agama ni. Kalau ada gathering aku tengok kat friendster je la. Dapat tahu yang both them still intact. Oklah. Aku harap ada kesudahan yang bagus untuk diorang. Sebab aku tau sangat perasaan kawan aku ni pada budak tu. She's so soft inside out unlike me nampak cam lembut kat luar but very the stone headed. Tapi masa wedding aku dia datang dengan boyfriend lain. So I ask her what about him? Dia cam biasa 'entahlah xana'. Ok......

Then, last Saturday, aku pula attend her wedding. She's not marrying the boy yang teman dia  masa wedding dia haritu. Dan lelaki yang dia kahwin tu juga bukanlah kawan lelaki satu sekolah tu juga. Aku agak sedih untuk dia juga sebab ye la both are my friends. So of course aku nak tengok both them together tapi masing-masing macam simpan perasaan. Maybe, itu jodoh terbaik untuk dia. So masa tengah lepak nak tunggu pengantin berarak masuk, aku pun dah abis makan. Satu table tu penuh member satu sekolah agama dulu. And entah bila masa budak lelaki tu duduk depan aku satu round table yang sama. Oh, no way! Awkward feeling.....aku pulak yang sibuk ek. Sure la rasa kekok. And from what I know ( aku call kawan aku tu 2 days after her wedding tu nak apoloy pasal tak sempat jumpa) and I told her, budak lelaki tu ada juga. She said, oo yeah? Tak jumpa pun dia...dah balik kot...

How could you attend you ex gf/bf wedding?
Aku pernah melalui situasi yang sama. Last. I went to my best/ex bf wedding. Dengan dia memang no hard feeling la sebab he used to be my bestie dulu masa sekolah. Tapi kejanggalan tu still ada. Sampai sekarang kalau ada reunion, susah nak berborak cam biasa balik. Pada aku kawan baik biarlah kekal kawan baik. Aku pergi wedding dia pun aku balik awal. Entahlah. Tak tunggu pun sampai pengantin sampai. Aku rasa cam tak patut je aku pergi macam dia yang tak datang wedding aku. Baru-baru ni kat FB, dia boleh ajak tengok wife dia bila wife dia dah bersalin nanti. Kalau korang di situasi aku, can you handle it? 

Apa yang my 1st ex bf buat adalah yang terbaik. Not attending my wedding nor my friends' wedding. Supaya tak bertembung dengan aku. Sebab aku tak tahu apa yang akan aku buat kalau berdepan dengan dia. Sebab start tahun 2004 we were apart memang aku tak pernah terserempak dengan dia di mana-mana. Play safe. When it's over, it's really over.

304972_261555703878228_199674496733016_857481_2092963567_n_large


Wednesday, October 19, 2011

WW #6:Course Buddy, Yeah!

Me and C-Kin @ INTIM 2010. Windu kitak!

Friday, October 14, 2011

Kalaulah bos itu anakku

Petang semalam aku dan beberapa kakak kat ofis aku had this kind of discussion. Tajuk seperti di atas lepas mengambil kira umur pencen maksimum 60 tahun. It's such a hilarious. Our discussion filled with massive laugh.

Contoh la kan.
Katakan aku ni kije kerani berdiploma.
Sign pencen 60 tahun.
Then it would be in year 2045 (kalau bumi wujud lagi)
By that year, Hariz dah umur 36 tahun.
Manelah tau rezeki dia masa tu dah naik gred 44 ke kan? (kot keje govt)
Tetiba diaasign ke ofis aku masa tu.
Tak tau la cane aku nak keje time tu.
Bos itu anak ku....

Being professional maybe benda tu disenyapkan sementara waktu
Tapi mesti ada something fishy kan....
Muahahahahha...
cane lah gamaknye ye....



Thursday, October 13, 2011

MASwings




Motif: Takdebendanakcerita.

Haritu merasa lah aku naik kapal terbang kecik ni. Aku festime naik flight masa pergi Labuan haritu. Lepas tu sampai dah tak lalu dah 3 hari berturut turun naik planes da. For me yang ada sikit fobia pada ketinggian  memang melucukan member ofis aku je dengan mimik muka aku yang sedang cover kecut perut masa nak take off tu. Masa touch down toksah cakap kuat mana aku pegang seat. Macam aku pegang laki aku nak bersalin sambil terbayangkan cerita Final Destination, The Aviator...muahahahhaha...sadis tak? Pastu asal petang je rush ke airport and dok la melangut...Terasa macam Navorski dalam The Terminal la pulak. Muahahah...cuma aku tak stay berbulan-bulan kat airport tu la. After all...great experiences for me....visit 3 states in 3 days in a row.

P/S: masa naik maswings ni FA dia hensem banget. Marcell! All about MASwings.

Nasi Lemak Kasih Sayang

Sabtu lepas aku tetiba rajin pulak nak masak nasi lemak. Sebab terinspirasi daripada gambar-gambar bento yang aku tengok kat semalamnya tu buatkan hasilnya jadi seperti ini.

sambal tak tau nak letak mana....laki i tak sanggup nak makan sebab sayang...muahahahahah


yang dot hitam, mulut ngan gigi tu aku conteng k.


Thursday, October 6, 2011

Bajet 2012

Sebagai pekerja awam mestilah apa yang aku harapkan adalah imbuhan.
Tapi kalau kerana imbuhan tak seberapa tu buatkan banyak benda yang meningkat naiknya sama juga macam tak dinaikkan.

Harapan mungkin tinggal harapan tapi harapan yang tidak terucap mungkin menyemakkan memori yang tinggal beberapa Gb je ni.

Untuk itu aku harap sangat, lepas ni perancangan bandar tu biarlah strategik.
Biarlah kawasan perumahan berdekatan dengan tempat kerja. Berulang selama 3 tahun daripada Senawang - KL/Putrajaya bukanlah sesuatu yang mudah. Tak kisah pasal bangun pagi tapi aku kasihankan anak aku.
Apa salahnya kalau rancang bandar tu biarlah semuanya berdekatan. Tak menyusahkan dan tak perlulah pekerja nak ambil cuti/mc banyak-banyak.

Cakap pasal public transport tu aku tak tahu lah sama ada boleh diperbaiki atau tak.
Budget memang sentiasa bertambah untuk tu tapi outputnya tak menepati kehendak rakyat.

Aku harap sangat kalau tempat bekerja difleksibelkan. I mean we can work from home asalkan kerja siap. Kerja kat pejabat buatkan aku cepat bosan. Sekali sekala je baru kerja luar. Tambahan ada anak...dulu ada dengar yang nak bagi fleksibiliti pasal tempat bekerja ni tapi entah senyap camtu je.

Aku tak pernah ke London lagi tapi aku dengar banyak benda baik pasal tempat tu daripada kawan aku yang belajar sana. Pengemis pun mampu beli roti dengan susu. Single parents dapat bantuan. Parents yang ada anak OKU pun dapat bantuan be it in medical support ataupun moral support, yang menganggur pun dapat bantuan. Tu baru betul negara maju kan?

Apa-apa pun harapan aku cuma Malaysia should be a better place to stay....
Tak semua orang kaya yang ramai jugak pendapatan tahunan tak melebihi115,000 pun. tapi rumah-rumah baru yang dijual semua macam pendapatan masyarakat kat Malaysia average RM5,000 ke atas.

Entahlah. Aku susah hidup kat sini.

Wednesday, October 5, 2011

Bengkak

Ada orang tegur mata aku bengkak pagi tadi di pejabat.
Kena pukul? Tak lah.
Penat masih bersisa walaupun dah masuk hari keenam aku kat semenanjung balik.
Entah kenapa tidur ku seakan tak mencukupi padahal macam biasa je aku tidur.

Hampir tertinggal bas aku dibuatnya dek kerana asyik melayan mata yang mahu lelap lagi.
Memandu pagi tadi pun seakan mahu menempah maut.
Nyaris tak terlelap.

Tolonglah. Perkuatkan diri ini.
Demi anak kecil yang comel di rumah.

Tuesday, October 4, 2011

The Doom

This is not the time of my life to give up but living like this making me ill. I want to give up but then the innocent face back at home, and not to forget the debts make me think twice. Appreciation is something that we lack of. Therefore I feel it's no point at all if I'm helping you accomplish your goal. In the end, you got the title and me will remain your slave. I've been thinking to move out...and there's an array of problems come in. If I'm still single is okay. But I have family now. At least, I could spare a comfortable place to stay. 

With workloads but received no gratitude if they'd done....
 I feel useless...
So, maybe this is the time for me to shift out of here
To somewhere new...new place fresh face....

Wednesday, September 28, 2011

WW #5: Malaysian's next Phelps :-p



Saturday, September 24, 2011

ABC Seksyen 2 menggamit kenangan

Siapa budak UiTM mesti familiar dengan ABC special dekat seksyen 2.
Aku batch '03 masa tu dari depan 7E tu dia berpindah ke tapak semntara depan Wet World Shah Alam tu.
Fave drinks adalah ABC. Mana nak dapat ABC tinggi camtu dengan harga RM2.00 weh melainkan ko buat sendiri.

So sempena hari tu lepas menghantar adik aku balik ke Shah Alam, husband yang yang lama ter'penjara' tu suggest la ke tempat pertama kali kitorang jumpa untuk makan. Belum date lagi ok!

Tempat ni dah diupgrade. Aku sejak convo memang tak pernah jejak Shah Alam lagi.
So, kira ni macam mengenang kembali detik2 mula2 nak bercinta.

Tempat pertama dia bawa aku jumpa adalah pameran hantu kat Muzium Shah Alam. Romantik kan? Mengong! Bukan berdua tapi bertiga dengan kawan tiga suku dia. Huhu.

Oh back to ABC. Kali ni aku bawa si kecilku chak sekali untuk meraikan tempat perkenalan ibu bapa nya. Seronok la dia walaupun tengah batuk-batuk pun aku layankan dia jugak dengan ABC kenangan. TApi dah ramai sangat yang jual ABC camni. Dulu kedai abang tu jela.

Lupa snap masa mula-mula sampai. Dah ngap sangat sebab happy gile.  Mak memang moks sebab dia yang kurus meleding.

He looks happy kan?


Friday, September 23, 2011

iCITY mencekik!

Ni cerita lepas aku pekena ABC kat Shah Alam tu la.
Orang lain berzaman dah pergi. So alangkan aku dah sampai SA ni nak gak lah merasa apa yang bestnya.
First I heard orang cakap parkingnya mahal.
Masuk juga sebab tengok list dia RM1.
Tak baca habis abang oitt...weekdays only cayang!

Main games. Beli kad yang isi RM10. Satu games sampai 6 credits guna. Ish..tak berbaloi sungguh.
Aku ni golongan marhaen yang sesekali nak berseronok. Ada anak kan...sure want him to have fun.
Baik main kat JJ atau main PSP je la ek.

Yang lain2 ok la.
Hariz seemed very happy bila fake snows tu jatuh turun dari machine dia.
Takpelah nak...you will have a chance to touch real snows soon.

Happynya! Nak masuk dalam mak rasa tak berbaloi. Snowfalls luar ni pun layan!

Sejuk takde hal punyalah. Gua cold blood!



First Step



Ni bukan first time la dia solat.
But, yang ni almost ok la compared to before.
This video made my husband realized how rapidly he has growing.
Kids tends to imitate everything we do.
Good behave will lead them grow up as a good kid.
I don't mind what future he'll bring...
As long as he happy, and stable....
I will approve. Don't want him to stuck with my high demands. 
As long as I can caress him, can feel his love until the end of my life is enough.
I love you, son.

Friday, September 16, 2011

Tentang Perkahwinan

Haritu tengok cousin aku kahwin dengan mamat Afghanistan yang duduk Newcastle (kot?).
Cambest je. Baca terfaktab cakap pasal hantaran kahwin, CN tulis pasal kahwin.
Aku pun nak tulis gak.

Aku kahwin muda. 22 dah kahwin. Belum kerja. Semua ditanggung emak ayah aku. 
Husband pula berniaga kecil-kecilan. Hantaran siap diskaun lagi. Masa tu yang grad dah dekat RM8k dah. But aku hanyalah lebih kurang 5K. And aku harap dapat dikurangkan lagi adalah. But it was my parents yang tetapkan. 

Aku tak harapkan ada majlis. Cukuplah just between family kecil aku, family dia dan jiran tetangga mak aku dan beberapa kawan rapat aku. Tapi mak aku insisted to have a bigger feast than I request sebab alasannya aku anak sulung. I still think it's a waste. 

Daripada pengalaman aku yang 4 tahun kahwin ni ialah 5 tahun pertama adalah paling crucial. Tambah-tambah lagi bila ramai pasangan muda yang terlupa nak planning dapat anak tetiba bunting pelamin. Tau-tau lepas setahun dah anak. Some are not ready yet to have kids. So aku rasa tak salah planning supaya mentally and financially stable. Fizikal pun nak kena stable gak.

5 tahun  pertama gak adalah masa kita nak adapt dengan kehidupan baru. Duduk rumah sendiri, perangai tak serupa, time tu baru tau yang sorang tu suka campak jeans yang dipakai merata tempat, yang sorang tu suka memasak tapi tak suka kemas dishes, yang cerewet gila tentang toilet nampak kepam sanggup balik kerja malam-malam sanggup sental...dan masa ni juga kau nak adapt dengan family mertua, ipar duai  yang tak suka kat kau cakap kau macam sombong and perangai kau masa bujang yang clingy ngan family dah kahwin ni kena la berjauhan.

Lepas tu bertekak sebab rumah mertua and famaly dekat-dekat je pulak dengan sewa so argue pasal apa asyik selalu balik rumah mertua je. Rumah family aku jarang-jarang padahal satu negeri je pun tak sampai satu jam.

There are a lots of thing to consider in these first crucial years.

Tu belum yang hangen tengah-tengah malam dah ada anak tapi yang sorang tu dok merengek nak lepak ngan kawan jap kat mapley. We should be mentally ready to face all this difficulties.
Aku cakap berdasarkan apa yang aku rasa.

In the end, aku rasa aku patut terima dia seadanya. Just accept him for who he is...
Human tends to create trouble. Dan itulah yang memberi kita pengajaran.

Bagi aku apa yang penting dalam perkahwinan ialah mesti pandai memasak, tak pandai belajar dey sebelum kahwin, kemas sudah semestinya (aku akui part ni aku lemah sikit but aku tak leh biarkan bilik air dengan dapur aku kepam dengan daki,so tempat ni memang aku bersihkan, cuma yang lain asal nampak kemas dan teratur sudah), ni kalau time anak dara dah bersepah-sepah, wonder how can you live with this lady for your entire life? Ada orang yang boleh berubah...tapi ramai jugak yang stay macam tu.

Time bercinta memang nampak semua indah. Cuba try usha bilik tidur dia...How clean is your bedroom? Dari situ dah boleh buat penilaian. Don't judge a book by it's cover. Yes it's true. Jangan kau ingat yang cantik muka sentiasa bertepek bedak tu datang daripada premier package. Cantik je semua. Ramai juga yang tak reti memasak, yang malas kemas sebab yelah maybe sebab biasa bibik or mak yang kemas.
Budak U yang claims pandai dalam U pandai serba-serbi ke?

Kalau nilai hantaran menjadi indicator kepada maruah tau berapa tinggi nya kau belajar it's all craps kalau  bab bab ekonomi rumahtangga kau failed. It's craps! 

I may not good but at least, I can cook , I do house chores; cleaning, washing, babysitting and the triple x matters. Huhu...


Thursday, September 15, 2011

Tarabas | The Cave of the Golden Roses

Tetiba teringat cerita fantasi Itali ni....Tak pasti la kalau budak2 yang lahir tahun 90 ke atas tau  ke tak cite ni. Yang pasti aku suke cite ni sebab huhu...lame reason...Tarabas yang terbabooom...hensem sangat budget dapat jadi wife die...haha...itu dulu la...sampai kan kitorang gelar sorang senior aku kat sekolah dulu ngan Tarabas dan member aku minat dia...masa tu aku sekolah menengah. Form 2 kot dalam tahun  1999. Cite ni memang jadi bahan bualan kitorang tambah2 ramai yang budget jadi Fantaghiro..be it nama-nama secret admirer, alamat email sume pun guna Tarabas or Fantaghiro. Memang terkenan betulla cerita ni. Tapi aku rasa cerita dulu2 lagi best kot. Yang best bila time cuti sekolah TV2 dulu selalu tayang fable tapi pelakon dia manusia yang real bukan kartun atau 3D kartun. Cam cite Cinderella...Snow White...Aku ni memang suka hidup dalam fantasi. Maybe sebab realiti ni terlalu menakutkan ko...

Korang minat cerita apa?

Nicholas Rogers, the Tarabas
Oh my oh my...your look steals my heart...


P/S: Dapat tau dari mekchu TV9 dah bawa balik cerita ni setiap Ahad jam 10 malam .

Surprised Birthday Party

I hate it the most.
Siapa yang pernah buat surprised untuk aku memang faham.
Masa sekolah dulu bila tiba hari birthday aku, automatiknya aku akan tidur mati atau kuar dari dorm aku. Lepak bilik member lain yang tau birthday aku
Masa kan U pun ada member plan untuk aku tapi last aku merajuk sebab diorang tak nak bagitau aku apa plan diorang. Macam tetiba hari birthday aku tu bilik tu tetiba jadi sunyi macam bilik mayat lain daripada biasa yang hiruk pikuk cakap macam bilik sebatu jauhnya.
Dah tentu lah aku fikir lain yang kau plan for something.

Dengan husband aku pun kalau ada something yang out of ordinary aku akan korek sampai dia kantoikan plan dia. So sekarang dia hanya akan buat bila aku takde kat rumah and letak present kat tempat yang aku akan nampak dan aku menjerit wow...sumpah tak dapat detect!

Aku tau aku banyak kali annoyed people around me including parents aku.
Aku sedar dengan sikap aku macam ni aku banyak hilang kawan.
Tapi happy gak tahun ni punya birthday ramai je yang wish kat FB aku.
Kawan yang aku tak pernah bercakap kat MRSM dulu pun wish.
Kelakar kan? Dalam dunia maya ni kemain lagi bercakap macam rapat giler kutuk mengutuk ungkit mengungkit macam takde hal padahal cuba confront....sepatah pun susah nak dengar...harap senyum je melebar.

Tulah padah ada social networking ni.

Anyway kepada kawan2 yang wish tu thanks banyak2...
Member MRSM Lenggong
Bebudak Uress, Smkap...
Member Ofis
Member kat INTIM 2010....

I miss you all la! Ada gak yang aku tak kenal. Kawan adik aku pun wish...Ape kena ngena kan? But thanks again la

Panggilan Hangit #2

Secebis kertas tu aku rampas.

"Korang ni agak-agakla. Aku tuan dia kan. Aku belum sempat baca korang dah tarik kan." Bengang aku. Dahlah, projek tidur terganggu. Lepas Isyak nak pergi prep lagi. I hate school dowh!

Sampai port tadi aku buka kertas yang dah naik lunyai tu. Diam tak terkata aku. Tak sangka aku dalam diam ada peminat. Aku tak lawa. Tak semulus Ayong. Bibir tak pink cam dia. Susah nak senyum. Cultural shock kot. Masuk sekolah agama sumpah susah gila nak tengok aku nak cakap dengan lelaki. Masa sekolah rendah lagilah. Pengawas daripada darjah tiga sampai enam. Siapa yang berani nak kacau aku. Itupun ada juga yang mengejar aku naik basikal sama-sama semata-mata nak cakap dengan aku. Menyampah tahu!

'  Dear Intan,


I may be invisible to you. But I wanted you to know that you are so close to my heart.
Honestly, I want to make you as my girlfriend. Intan,  I would love  to see you smile a lot (' v')

Nor friend not yet a foe.
Farouk. '

Invisible kau cakap? You are just in front of my eyes ler! You've got no balls ke nak cakap sendiri.
Dia duduk depan aku je dalam kelas. Yang peliknya budak kiri kanan dia semua pernah cakap dengan aku tapi dia tak pernah nak toleh ke belakang sikit pun. Sekarang baru aku faham.

Malam itu kelas persediaan malam. Kelas malam memang tak campur dengan lelaki. Sekolah agama la katakan. Tapi malam tu memang aku tak boleh nak fokus belajar. Aku asyik terfikir macam mana aku nak berhadapan dengan dia esok pagi. Apa patut aku cakap pada dia? No? Dia marah tak? Kalau yes...takut dia melompat happy nanti. Aku yang malu...

Ish...peninglah! Belum masanya lagi. Tahun depan nak PMR. Tahun ni dah lah aku turun kelas ketiga.
Lagipun ni kan sekolah agama. It's strictly forbidden hal-hal bercinta nanti. Kantol dengan Ketua Pelajar takpe lagi. Dengan ustaz? Ustazah? Pening...pening

Tuesday, September 13, 2011

Angka 26

bersamaan jumlah tulang yang terdapat pada bahagian kaki (ankle and foot) bagi manusia normal.
bersamaan nombor atom bagi besi(iron)

bagi aku untuk tahun 2011 ni.
I am 26 already.
Teringat kata2 seorang seorang tua di kaca tv.
Jangan ditanya apa negara telah buat pada anda tetapi tanya apa yang anda buat untuk negara.

Tak payah sentuh negara la bai.
Tanya apa yang dah buat untuk diri sendiri sudah.
Apa benda yang aku buat yang boleh jadi kebanggaan aku?

Aku mungkin beruntung.
Dapat sekolah bagus macam MRSM Lenggong.
Completed my Diploma Sains Komputer from UiTM Shah Alam walaupun sangkut setahun
Tak berhutang dengan PTPTN sebab JPA taja.
Korang mesti pelik cammane aku ditaja padahal Calculus 2 pun sangkut sampai 2 sem.
Itupun nasib baik last chance tu aku lepas.
Statistik yang kacang tu pun kena repeat sekali but i managed to score 4.0 retake tu.

Aku rasa I am just a loser.
Still a loser sebab kerja pun still jadi kuli.
Ada dip pun tak guna.

Some might say we can't depend on luck.
But, I believe in luck.
Walaupun aku kantoi interview JPA untuk tajaan ke luar negara but aku still layak ditaja untuk belajar dalam negara. Tapi, aku akan lebih bangga kalau parents aku yang tanggung sebab I will appreciate more.
Tuduhlah apa korang nak cakap aku tak hargai duit kerajaan. Coz I believe korang pun sama macam aku.
You will appreciate more kalau parents yang fully support sebab diorang bertunggang langgang nak bayar duit pengajian yang puluhan ribu tu, kan?

And maybe it just my luck aku boleh completed dip tu.
I worked not so hard juga k.

26.
I have a small family with husband and son.
Maybe it just a number or a new start for me.
Who knows?



Tuesday, September 6, 2011

Panggilan Hangit #1

Malam Selasa macam biasa selepas solat Maghrib ada aktiviti berzikir.
Aktiviti paling aku suka. Port baik bunya. Belakang tiang surau sudut tepi sekali.
Bilik simpan telekung tak boleh. Banyak anjing. Itu yang digelar bagi Ketua-ketua Pelajar kat situ.

Waktu berzikir adalah paling sesuai untuk aku melelapkan mata. Bukan aku seorang. Adalah beberapa orang yang memang sekepala.

Sedang aku nak lelapkan mata, tetiba bahu aku ditepuk.
"Weh, Intan! Nama kau kena announce. Dia suruh pergi belakang bilik PA." Moon kejutkan aku.

Kenapa la pulak ni? Biasa hal kecemasan je dipanggil ke belakang tu.
Dah sudah. Jauh-jauhkanlah berita buruk tu daripada aku. Aku hanyalah budak berusia 14 tahun. Adik-adik aku kecil lagi. Apa patut aku buat bila mereka sudah tiada lagi! Tidak!

"Moon, jom teman aku." Aku ajak Moon. Bukan Moon je nak ikut. Berderet member aku yang kepochi nak tau juga. Adalah dalam lima orang yang ikut.

Aku jenguk tingkap luar bilik PA tu. Gelap je. Aku pergi dekat. Ketuk tingkap.

Nampak sesusuk tubuh masuk ke bilik tu daripada lampu samar-samar dari dalam surau sekolah aku tu.

Tingkap dibuka kecil. Farouk! Dia hulurkan  secebis kertas. Aku dah berdebar.

"Apa ni weh?" Menyirap gak darah aku. Panggil aku keluar siap announce lagi semata-mata nak bagi benda alah ni. Kat sekolah esok kan boleh bagi. Bikin panas malam aku je.

"Bacalah dulu." Terus dia tutup tingkap.

Belum sempat aku nak buka dan baca, Ayong dah rampas dulu. Ramai-ramai kerumun baca. Aku?
Lantak koranglah. Nyamuklah sini. Gelap pula tu.

"Intan! Surat cinta la weh!" Ayong jerit separuh berbisik pada aku.

Damn! Kantol!

Monday, September 5, 2011

Aktiviti Raya ke-5

Raya kali ni bertemakan duduk di rumah sajork.
Jalan raya pun ke rumah sepupu aku je sebab yang lain adalah mood tiada di rumah.
Plus, nenek aku yang sakit ada kat rumah...
So...end up...pool time!
Panas weh...nak buat pool kat rumah tak mampu kan so beli la inflatable pool ni...
Seswai untuk satu family. Dalam 4 orang boleh la kan.
Tahun ni aku memang malas nak ke mana. Maybe sebab ma vie takde.
Or maybe sebab bujang dulu dah puas habis masa kat luar dan berjauhan daripada family.


Excuse my big fat feet!
Air tak penuh lagi sebab nak isi air tu aku malas nak tarik dari pili depan lg...so santai la tunggu air seciput tu nak penuhkan sampai 1 ring pool tu

Dia ni bagi je ape kolam pun ok je. Sampai kolam takung najis dekat rumah aku pun ajak pi mandi.
Kena hati2 sebab tau2 dia hilang kebelakang cari kolam.
Very the noisy boy sebab dah boleh cakap kan. 

Layan je.




Imam Muda Rocks!



Tukang Masak Rendang




Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya!

From two of us.
Main characters in this blog.
Our General will not be around but
from the bottom of our heart
Wishing you
Selamat Hari Raya...
Forgive Us for our wrongdoing  (read: wrong-saying in this blog )
And enjoy your Raya!
I mean please..don't be like us who don't really fancy raya. No?
Oh, only me...

Okay...boleh layan lagu raya dah!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...